Friday, February 06, 2015

Perempuan yang bermuhasabah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 06, 2015

Saya ni, marahnya kejaap aja.

Harini hati saya lapang dan bahagia walaupun baru semalam disuruh membayar wang beberapa K untuk hal-hal Turki. Sebabnya, Allah itu Maha Baik.

Ketika saya sedang berkemas dan memadam data-data peribadi daripada telefon syarikat, saya terjumpa (baca: membaca) kembali catatan daripada majlis ilmu tentang konsep Redho.

Redho, adalah memulangkan kembali segalanya kepada Allah, menerima dengan baik segala yang berlaku. Melakukan dan meninggalkan sesuatu kerana Allah.

Orang yang redha, hatinya lapang dan bahagia. Orang yang tak redha, hatinya sempit dan berat.

Membaca itu, saya cepat2 mengucapkan lafaz Innalillah.. terlupa yang saya teruji. Ingin mengubah perasaan tak redha kepada redha dengan apa yang Allah tentukan. Berniat, meninggalkan kerja ini juga kerana Allah, minta ampun sebab teremosi.

Sesungguhnya, saya bahagia kerana pernah menjadi sebahagian daripada MM. Daripada pekerjaan ini, saya menemukan ramai manusia yang indah, soleh solehah dan membahagiakan.

Tentang wang, saya pasti akan usahakan untuk membayarnya kembali. Saya tak ingin terhutang sedikitpun.

Cukuplah Allah yang mencukupkan semua dan mengilhamkan saya berhenti kerja melalui cara ini.

Orang yang disentuh tarbiyyah Islam, tak ingin marah seperti orang biasa marah, yang sampai membakar diri sampai hangus.

Saya cintakan jiwa saya ini.. tak ingin ia terbeban dengan marah dan kecewa.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea