Friday, November 28, 2014

I ain't pleasing you

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 28, 2014 0 komen best

Motto hidup saya ialah, "sentiasa positif", yang sangat berkait rapat dengan hadith riwayat Bukhari, hadith 'Ajaban.

So malamni, ada adik yang mengadu pada saya, yang ada orang yang tak suka dengan saya, sikap saya, cara kerja saya.

I however, replied, "its not my problem if she dont like me. Its her problem for not liking me." Sebab kita tak boleh hidup seperti yang orang lain harapkan.

Kita kena tahu, apa pegangan kita. Kita takkan bahagia kalau hidup berlandaskan kemahuan manusia. Dan yakin, kalau apa yang kita buat betul pada syara', maka kita tak perlu risau tentang apa yang manusia kata.

So. I ain't pleasing you.

Kalau nak cakap pasal pleasing customer, pastilah saya sudah give up dengan perangai yang macam-macam.. tapi syukur, Allah selalu beri kekuatan dan rasa tenang..Allah sayangkan kita, dan diberinya rasa kasih sayang yg sangat dalam sehingga tak mampu nak melayan rasa penat yang kadang2 muncul dalam hati.

Sentiasa, sangka baik dan lapang dada.. Now I have to improve on how I see a customer

Tuesday, November 25, 2014

Kitap Pazar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 25, 2014 0 komen best

Bazar Buku, kalau dalam Bahasa Melayu.

Pada Sabtu yang lalu, saya telah ke...Bazar Buku! yaaay~

Bazar buku ini terletak bersebelahan dengan Grand Bazar, berhadapan dengan Beyazit Tramvay Station, di laluan Istanbul University dan di belakang Masjid yang bertentangan dengan Istanbul University.

Bazar ini tidaklah sebesar Grand Bazar, tetapi ia sangat klasik, ada banyak jenis buku dari pelbagai bahasa, dan terdapat juga buku-buku lama dalam pelbagai genre. Yang penting, semua buku sangat murah!

Di Turki, anda akan dapati sedikit kesukaran untuk melihat atau mencari kedai buku... dan saya diberitahu bahawa orang Turki kurang dari segi budaya membacanya.. Mustafa Kemal telah membangunkan negara ini sebagai negara Eropah, dan mereka lebih suka (prefer) untuk mengembara dan membina keluarga atau empayar di tempat lain (traveller genetic), kata Mehmet, seorang pengumpul koleksi buku di Bazar Buku.

Dan, saya telah menghabiskan 30 lira untuk membeli dua buah buku, dan penanda buku, malah dihadiahkan juga dengan sebuah lagi buku bertajuk "Muhammad's Allah".

Saya akan rindukan tempat ini.

Monday, November 24, 2014

Taksim

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 24, 2014 0 komen best

Taksim ibarat sebuah cerita dalam buku.... cantik sangat!

sepatutnya saya tulis entri ni semalam... tapi tak sampai hati sebab kawan saya, ShuMin ada tetamu dari China dan macam rude sikit kalau saya tak raikan.

Di Taksim, kami ke Ortakoy Camii, menziarah masjid, dan makan Kumpir, sejenis makanan berasaskan kentang dan manisan buah-buahan.

Yang penting, ianya ibarat satu jaulah tarbawi bersama adik2 tanpa dirancang.

a day spent well, I can say.

Friday, November 21, 2014

the girl who wear smiles

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 21, 2014 0 komen best

on my face, my eyes and my nose can smile by itself.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea