Thursday, October 23, 2014

Day 22: Complaints

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 23, 2014 0 komen best

I can be super irritated, some days, somehow.

Bekerja di bidang perkhidmatan bererti memenuhi keperluan manusia, hamba kepada masyarakat, mendengar apa yang orang mahu dan tidak mahu.

Pada waktu ini, saya belajar dan berusaha mengenal batas "mahu" dan "perlu", "mengada-ngada" dan "menyusahkan".

Kadang-kadang manusia terlalu melampau mempergunakan orang lain, as if kau dah campak sekarung wang dekat muka aku lepastu kau boleh suruh suruh aku buat apa saja kau suka anytime anyhow.

Konsep ukhwah adalah saling memenangkan, lapang dada dan mendahulukan, tapi saya tidak faham kenapa ia tidak pernah masuk(fix into) ke ruangan kerja saya, sungguhpun, orang atasan dan customer itu seorang muslim. Lapang dada dan mendahulukan kedua dua hal ini adalah hal yang membuatkan saya terkorban.

Ataukah saya sedang muak dan tidak sabar dengan proses ini?

Diam.
Nabi ajar sabar, syukur.
Istighfar.

Abah selalu cakap yang saya kalah. Whatever for now, abah. Nora feels pissed off now.

Monday, October 20, 2014

Day 19: Kau yang tak pernah pergi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 20, 2014 0 komen best

Masa berlalu.. manusia berubah..

Saya membesar dan menjadi dewasa dalam satu proses yang panjang. Semasa saya masih mentah, berumur belasan tahun, saya ingatkan semua orang perlu sama. Bertindak dan berfikir seperti orang lain. Saya pernah dimarahi, ketika membesar dibawah jagaan orang lain, kerana saya berbeza.

Untuk lari daripada kekalutan orang dewasa yang bermasalah dan suka marah-marah, saya hidup dengan membaca.

The only people who havent left you.. is yourself. Theres so much to say, tapi..cukuplah saya katakan, orang yang tinggal dalam hidup kita adalah diri kita sendiri.

Saturday, October 18, 2014

Day 18: Looking forward

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 18, 2014 0 komen best

Bila berfikir balik, dua tahun pertama bekerja, adalah yang paling sukar.

Tahun penyesuaian. Fasa perubahan dari pelajar kepada pekerja. Fasa yang sukar, terasa paling sukar dalam hidup saya. Tahun paling banyak menangis, kerana tak semua perkara menjadi mengikut apa yang dirancangkan.

Tahun 2014 berlalu dengan begitu cepat. Saya sentiasa sibuk dengan kerja, dan masih berkejar-kejar dengan program-program yang bila saya berpeluang hadir, atau menjadi sebahagian daripadanya, saya merasa, bahagia macam orang dapat jackpot.

Untuk mencapai apa yang kita mahu, Allah lebih tahu apa yang kita mampu. Things fall apart, so better things will fall together.

ShuMin kata, Just enjoy the phase, and work hard.


Wednesday, October 15, 2014

Day 15: Sick, homesick.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 15, 2014 0 komen best

Sakit ketika di kejauhan adalah perkara yang menyedihkan.

Cuaca di sini sejuk, dan Allah izin saya dapat selsema, batuk dan demam. Mungkin juga, demam rindu.

Di sini saya terasa stranded, buangan, tak dirindui... saya tak dapat bercakap dengan abah dan ibu untuk bertanyakan khabar dan pendapat atas keputusan yang saya ingin buat.

Saya rindukan Malaysia.. pada makanannya.. pada keluarga.. pada halaqah, program-program yang terlepas..pada anak kecil kakak saya yang comel.. alahai!

Saya terlepas beberapa kenduri kahwin sahabat rapat yabg dicintai..

Kalau ada cinta lain yang saya temukan di sini, mungkin, rasa rindu itu akan teralih.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea