Sunday, October 05, 2014

Day 2 in Istanbul : Marmara Park

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 05, 2014 0 komen best

Saya meninggalkan Malaysia dengan hati yang sangat luka. Tentang keluarga, tentang adanya perkara mengguris hati yang saya katakan pada abah, "Nora minta maaf, Nora sakitkan hati abah".

I cried my lungs out during the day before departure just because I talk heart to heart to abah.

Sekarang bawa adik-adik MM ke Marmara Park di Istanbul. Makan-makan, jalan-jalan dan set-up telefon. Disebabkan saya tak bawa passport, maka saya tak boleh beli sim card dan daftar telefon. Saya menunggu mereka di depan kedai telefon, adanya booth gula2 dan coklat di tengah-tengah susur gajah ini.

Saya perhatikan, anak-anak kecik sangat sukakan belon terapung.

Saya berfikir tentang.....kenapakah saya masih bekerja di tempat yang selalu saya keluhi tentangnya,  lalu teringat kata-kata abah.. bahawa dalam hidup ni, Allah akan selalu bagi kita rasa cinta yang lebih banyak dari kepayahan dan kebencian. Cinta yang mengubat rasa penat dan kesedihan.

Ayah akan selalu menggembirakan hati anak-anak sungguhpun terpaksa membayar harga yang mahal dan tak berpatutan.

Ayah bahagia, sungguhpun anak kecil itu tersenyum melihat belon terapung yang tidak pandai berkata-kata itu.

Di kejauhan ini, saya mungkin rasa menyesal. Tapi kita perlukan sedikit keberanian untuk tidak menghadapi penyesalan yang lebih besar kemudiannya nanti.

Monday, September 29, 2014

Hardship

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 29, 2014 0 komen best

This morning... tomorrow...
Hardship.. Berat hati..

Hidup ini ujian. Luka luka dalam hati ini adalah ujian. Bahagia pun ujian.

Untuk menghadapi ujian, memohon kekuatan untuk melalui kehidupan ini dengan rahmat Allah, Rasulullah S.A.W telah mengajarkan satu doa yang merupakan ayat terakhir surah al-Baqarah, 286 yang bermaksud..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan Kami janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berikanlah maaf kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Thursday, September 25, 2014

Stand a little taller.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, September 25, 2014 0 komen best

Berkata baik atau diam. Itulah seruan yang sepatutnya kita sahut.

Tapi kebiasaan kita selalu bertentangan dengan apa yang syariat mahukan.

Hari ini berulangkali saya melafaz dan mengingatkan diri tentang hadith 'ajaban; "Ajaib urusan orang mukmin, segala yang berlaku adalah baik baginya. Hal ini tidak berlaku melainkan hanya kepada mukmin. Apabila mendapat kebaikan dia bersyukur, maka itulah yang baik baginya.  Apabila mendapat musibah dia bersabar, maka itulah yang baik baginya" HR Muslim.

Nabi ajar kita.. kalau xdapat bersabar, bersyukurlah. Kalau xdapat bersyukur, bersabarlah untik apa yang kita hadapi. Tanpa berusaha untuk kedua-duanya dalam menghadapi sesuatu perkara, maka kitalah yang akan rugi.

Syukur... dalam menghadapi ujian, kita masih beriman. Luka dan Liku adalah jalan kehidupan kita, dalam mengenal hakikat bahawa kita adalah hamba. Menghadapi perkara yang kita tak suka.

Jangan salahkan orang lain kalau kita yang gagal dalam ujian keimanan ini..

Wednesday, September 24, 2014

23rd September. Long day.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 24, 2014 0 komen best

Masya Allah. Hari ini adalah hari yang cukup panjang. Dan menyedihkan.

Hari saya bermula dengan bergegas awal ke Bandaraya Metropolitan KL tetapi tiba lewat. Dan dimarahi bos. Masih positif.

Urusan lancar di Embassy, tiba-tiba diuji dengan kemalangan. Menghabiskan masa berjam-jam di balai polis. Masih positif. Kerja masih banyak, tak ada masa nak menangis untuk kesilapan bodoh diri sendiri.

Bergegas ke Shah Alam. Saya tidak faham kenapa asyik dimarahi berulangkali untuk benda yang sama untuk benda yang tak perlu. Masih bertahan.

Masih lagi bergegas, memandu kereta yang telah eksiden ke KLIA.

Sampai KLIA, ..
saya memeluk Syafiyah sambil menangis. Tak terkata apa-apa. Sedih, sebab tak dapat hadir majlis pernikahannya. Sedih, sebab saya tak mampu berkongsi apa yang dialami sepanjang hari. Sedih dan gembira, kerana sahibahku tersayang telah menemui dirinya yang lagi satu. Saya tak sedih dia pergi jauh, sebab saya yakin, kami berada dekat dalam doa satu sama lain. Berharap agar perkahwinan tidak memisahkan ukhwah. Melepaskan pelukan hangat Syafiyah, pada saat kerja memerlukan saya di gate lain.

The hardest moment..untuk hari ini..adalah ketika melepaskan roommate kesayangan mengiringi pelajar ke Mesir. Pada masa masa sukar, bersama dengannya sahaja sudah cukup untuk merasakan kerja kerja berat menjadi ringan. Juga.. kawan bermain di opis, Shida pun turut dibawa pergi. Semoga Allah menjaga mereka sentiasa. Dan, semoga hari-hari tanpa mereka berdua cepat-cepat berlalu.

23 September. Hari untuk airmata menjadi sangat murah. Esok, lepas kerja-kerja di Embassy usai, saya nak minta cuti rehat.

Cuti Introspeksi.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea