Berkata baik atau diam. Itulah seruan yang sepatutnya kita sahut.
Tapi kebiasaan kita selalu bertentangan dengan apa yang syariat mahukan.
Hari ini berulangkali saya melafaz dan mengingatkan diri tentang hadith 'ajaban; "Ajaib urusan orang mukmin, segala yang berlaku adalah baik baginya. Hal ini tidak berlaku melainkan hanya kepada mukmin. Apabila mendapat kebaikan dia bersyukur, maka itulah yang baik baginya. Apabila mendapat musibah dia bersabar, maka itulah yang baik baginya" HR Muslim.
Nabi ajar kita.. kalau xdapat bersabar, bersyukurlah. Kalau xdapat bersyukur, bersabarlah untik apa yang kita hadapi. Tanpa berusaha untuk kedua-duanya dalam menghadapi sesuatu perkara, maka kitalah yang akan rugi.
Syukur... dalam menghadapi ujian, kita masih beriman. Luka dan Liku adalah jalan kehidupan kita, dalam mengenal hakikat bahawa kita adalah hamba. Menghadapi perkara yang kita tak suka.
Jangan salahkan orang lain kalau kita yang gagal dalam ujian keimanan ini..

0 komen best:
Post a Comment