Saturday, September 20, 2014

Sally

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 20, 2014 0 komen best

Apa yang kita cinta akan selalu menuntut pengorbanan.

Huhuhu.

Hari ini, Sally telah meminta saya untuk ke salun.. all in. Kalau saya tak bawa maka merajuklah dia kerana jatuh sakit. Dia tidak akan mahu menemani saya ke mana-mana lagi.

Sally adalah makhluk Allah yang merupakan sebuah kereta saga berwarna Silver kepunyaan keluarga saya. Pagi tadi, sebelum bekerja, ia langsung tak boleh start.. sedangkan bateri baru diganti hujung tahun lepas, servis pun baru buat bulan lepas. Air kereta memang selalu check. Sally mengada-ngada.

Nak tak nak, lepas kerja, saya meminta pomen berdekatan untuk membantu..lalu.. ia terpaksa ditarik. Setelah pumpang-pumpang, puncanya kereta tak boleh start ialah cip kereta pada kunci hilang.

RM200 pun bolehlaa Sally. Skali ngan tukar wiper.

Kakak saya cakap itu harga biasa.
Bulan depan semangat2 skit tau Sally!

Monday, September 15, 2014

Traffic Light

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 15, 2014 0 komen best

Dalam perjalanan ke Bangi hari ini, saya berhenti di suatu traffic light yang sangat lama.

Kebetulan hari ini hati ini tersayat luka. Banyak perkara bermain di fikiran. Tentang kenapa saya tidak lagi terasa bahagia melakukan apa yang saya buat. Tentang kenapa saya seperti ditinggalkan oleh sahabat2 saya setelah walimah. Tentang itu ini, tentang ini itu.

Senja. Hati tak tenang. Fikiran terganggu.

Saya memandang traffic light itu. Terasa ingin benar hidup seperti traffic light. Robot.

Sayang.

Saya mendapatkan jawapannya serta merta.

"Hidup ini akan menjemukan, jika manusia tidak berubah."

Wednesday, September 03, 2014

Everything will be alright

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 03, 2014 1 komen best

Everything will be alright, I tell myself.

Work nowadays have been really tough-sungguh menguji, sungguh menyesakkan. But tell me, what kind of work that has no problem? Even laying in bed all day long lazying is a state of problem.

Tell me, who is the Creator of problems? Allah.
Allah created all this, simply because theres always reasons to it.

Hidup kita, adalah untuk mencari makna, kan? Allah Maha Indah. Pasti adanya keindahan dalam setiap pahit yang Dia berikan.

Nangis.

Saya sedang belajar mengasingkan kerja dan kehidupan selepas kerja. Alangkah baiknya jika saya belajar dan menjadi bijak menguruskan fikiran-fikiran saya, perasaan-perasaan saya.

Belajarlah, ikin!

Monday, August 25, 2014

When Devils Wear Prada

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 25, 2014 0 komen best

Malam ini saya menontonnya kali ketiga hanya kerana ia dilayarkan di Fox Movies saluran 413.

Berbeza dengan sebelum ni yang saya menonton kerana saja-saja, kali ini saya menonton The Devil Wears Prada dengan minda terbuka, dari sudut seorang yang bekerja.

Truly. I feel sucks. Feeling I've like never been serious, working. Especially bila part si botak Nigel advise Andrea yang "she isn't complaining, she's been bluffing, while Miranda is doing her job, for wanting the best".

Berada dalam situasi 'actively looking for another job', saya perasan yang cerita ni menekankan beberapa perkara-kekemasan kerja, fokus, kebolehan mengikut arahan, menguruskan konflik kerja dan peribadi, stress... saya menghadapi konflik ini secara langsung selama hampir setiap hari. I hate it but thats life yaww....

Kehidupan memang penuh dengan perkara yang tak pasti. Tapi kalau kita hidup dengan keyakinan bahawa dalam ketidakpastian ini wujudnya Allah yang Maha Pengatur dalam setiap sesuatu, kita akan lebih relaks kerana telah bergantung pada tali yang kukuh.

Well. Saya akan mengubah sedikit cara saya bekerja mulai esok.

InsyaAllah, hari yang baru!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea