Apa yang kita cinta akan selalu menuntut pengorbanan.
Huhuhu.
Hari ini, Sally telah meminta saya untuk ke salun.. all in. Kalau saya tak bawa maka merajuklah dia kerana jatuh sakit. Dia tidak akan mahu menemani saya ke mana-mana lagi.
Sally adalah makhluk Allah yang merupakan sebuah kereta saga berwarna Silver kepunyaan keluarga saya. Pagi tadi, sebelum bekerja, ia langsung tak boleh start.. sedangkan bateri baru diganti hujung tahun lepas, servis pun baru buat bulan lepas. Air kereta memang selalu check. Sally mengada-ngada.
Nak tak nak, lepas kerja, saya meminta pomen berdekatan untuk membantu..lalu.. ia terpaksa ditarik. Setelah pumpang-pumpang, puncanya kereta tak boleh start ialah cip kereta pada kunci hilang.
RM200 pun bolehlaa Sally. Skali ngan tukar wiper.
Kakak saya cakap itu harga biasa.
Bulan depan semangat2 skit tau Sally!
