Wednesday, July 16, 2014

Bercampur

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 16, 2014 0 komen best

1. Blogger Layout
Baru-baru ni blogger layout saya telah rosak dek kerana editor asal blogger layout tersebut tidak lagi aktif menatarias blog orang. Akibat daripada itu saya belum lagi berjumpa blogger layout yang cantik dan sesuai dengan jiwa saya. Untuk setakat sekarang, biarlah ia macam ini. =_="

2. Kerja
Hari demi hari saya semakin stress dengan kerja. Tapi masih hidup dan bernafas. Mungkin aaya sedang menghadapi hari-hari sukar bekerja.

3. Master.
....

4. Lapar
Saya berada di wisma putra sekarang untuk urusan kerja, endorsement dokumen. Biasanya menunggu di wisma putra mengambil masa satu jam atau lebih, jadi saya menulis sekejap menggunakan android. Tapi di wisma putra ni kenapatah bau nasi lemak + nasi kerabu, lapar jadinya saya :3

5. Ramadhan dan Palestine
Hampir setiap ramadhan, saudara kita di Palestine dibedil. Setiap bedilan menjadikan merka semakin kuat sedangkan di pihak lagi satu melemah.. sama2 kita menyumang dengan apa yang kita aa. Doa, kewangan, menyebarkan kesedaran.

6. Facebook
Sejak bulan 4 saya berazam untuk kurangkan menulis di facebook dan mengurangkan kadar masa membelek facebook. Supaya saya menulis lebih di blog. Semoga berjaya~

Nombor giliran saya sudah dipanggil. Kbai~ Salam Ramadhan :)

Saturday, July 05, 2014

Membuka hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 05, 2014 0 komen best

It is the very first time I feel this way.

Selalunya kita akan rasa macam endah tak endah dengan ilmu baru yang kita dapat. Setelah sekian lama, tiba-tiba saya rasa terkilan kerana tidak lagi teruja dengan perkara baru yang saya dapat. Saya tak faham dengan perubahan ini, ia sebenarnya perkara teruk yang berlaku dalam diri saya.

Mungkin saya merasakan kemudaan ini menyebabkan hidup terasa panjang dan fasa-fasa kehidupan seterusnya adalah kaku, serata dan monotonous.

Penyakit ini, adalah mungkin kerana saya telah kesasar atau kabur dalam memaknakan hidup.

Dan setelah sekian lama, alhamdulillah, mengambil masa menjelaskan kembali kenapa kita hidup, menyegarkan kembali jawapan kepada tiga persoalan utama; dari mana kita datang-kemana kita akan kembali-untuk apa kita dihidupkan; tanpa ragu ragu kekaburan yang dialami hilang.

Ilmu bukan didapatkan dengan saja-saja. Kalau Allah tak izin ilmu itu mengetuk jiwa kita agar terus hidup, maka kita akan mati sebelum izrail menjemput kita kembali.

Pergi majlis ilmu, kena buka hati. Tadah jiwa, agar disiram kemanisan ilmu.. duduk sebelah orang yang tidak lena, mencatat setiap ucapan dgn penuh kerendahan hati.

Buka hatimu, kin!

Saturday, June 21, 2014

Kotak kenangan dan kawan-kawan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 21, 2014 0 komen best
Dalam hati kita, ada sebuah kotak ingatan.

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita selalu berharap orang yang kita kenal kekal sepertimana yang kita kenal pada masa kita meninggalkan hidupnya. Atau pada masa kita keluar dari hidupnya. Orang yang tidak lagi kita kenal atau jumpa. Atau jumpa sekali sekala.

Menjadi seperti itu, tidak hairanlah kalau ibu dan abah masih menganggap kita anak-anak kecil dalam hatinya. Dia masih menganggap kita perlu diawasi dan dinasihati sungguhpun kita sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.

Kebanyakan kawan saya masih suka tinggal di dalam kotak itu. Kotak kenangan. Mengongoi sepanjang hidup dengan cerita yang sama. Tentang keletah semasa muda. Malah saya sendiri, adakalanya bahagia menyeret kemudaan itu dalam cerita-cerita saya.

Setelah lima, sepuluh tahun perkenalan, kawan kita adalah masih, kita berharap dan anggap dia adalah orang semalam yang kita jumpa. Kita mengungkap semula tingkah lakunya. Dia, dalam hati kita, adalah masih remaja, kanak-kanak yang riang dan muda. Banyak keletah dan cerdik, kerenahnya yang menyenangkan.

Saya, dalam hati anda, adalah mungkin, masih, budak kecil yang saling mengejek dan berlumba menjadi cerdik. Saya, dalam hati kawan saya, adalah seorang budak pelik yang banyak bertanya di kuliah-kuliah. Saya, dalam ingatan cikgu, adalah seorang budak bermasalah yang cikgu panggil ke bilik pejabat. Saya, dalam ingatan sesetengah orang, adalah seorang yang manis dan sopan santun.

Dan dia masih mengingati saya sebagai seorang yang dijumpainya di perpustakaan sekolah, sembilan tahun yang lalu.

Bila tua nanti, kotak kenangan inilah yang dibuka. Mengingatkan diri kita kembali, tentang apa yang kita lupa.

Tuesday, June 03, 2014

Cikgu. Susunan. Perceraian.

di tulis oleh Unknown pada Tuesday, June 03, 2014 0 komen best

Entri kali ini tidak ada perkaitan pun antara cikgu dan perceraian.

Cikgu.
Sejak hari guru baru-baru ini, saya merajinkan diri memenuhi hasrat menghubungi(baca: telefon) beberapa orang guru yang saya rapat. Setakat ini baru sempat dua orang. Cikgu dari sekolah rendah dan sekolah menengah.

Saya kira kebanyakan cikgu berbangga walau siapapun anak didiknya sekarang, yang dulu dididik dan diasuhnya. Cikgu-cikgu bahagia, apabila masih diingati dan diraikan. Malah tidak sedikitpun marah, apabila tidak diingati. Dihubungi pelajar lama itu adalah mungkin, satu bonus.

Saya amat kasihkan cikgu-cikgu yang telah menyantuni dan mendidik saya, menyentuh jiwa saya, untuk menjadi seorang yang berguna, mawar agama dan bangsa.

Susunan dan perceraian.
Baru-baru ini abang saya ada menyusun (baca: mencarikan jodoh) untuk adik manisnya ini. Sejujurnya, rasa takut itu ada, bila kita tidak kenal langsung siapa dia. Mungkin saya lebih (prefer) orang yang dikenali atau sekurang-kurangnya pernah berjumpa.

Hati saya semakin ragu dengan penyusunan, apabila telah ada orang yang perkahwinannya disusun atas dasar keyakinan kepada kedua-dua belah pihak dan kesepakatan antara satu sama lain, bercerai.

Well. Saya belum cakap apa apa pun..

Perceraian.
Saya tidak pernah terfikirkan pun perkataan ini. Setiap kali menghadapi kisah perceraian orang, saya jadi sedih. Saya memandang perkahwinan sebagai suatu yang one-off. Simpul mati, tak ada jalan keluar.

Despite of this one unsuccessful arranged marriage, theres piles and bunch of them succeeded, in order to build in the heavens in the world, baitul muslim.

Adalah tidak adil untuk saya membina ketakutan dan rasa was was dengan syariat dengan perkara dan alasan yang tidak kukuh.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea