Monday, May 05, 2014

Kekecewaan akan mengubah kita.

di tulis oleh Unknown pada Monday, May 05, 2014 0 komen best
Kekecewaan adalah perasaan yang aneh. Ia dirasai, apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu. Lantaran itu, jiwa kita akan bereaksi terhadapnya.

Kekecewaan bukanlah sesuatu yang buruk sangat. Apa yang penting ialah bagaimana cara kita menghadapi hidup dan menangani, menghadapi apa yang kita tidak suka.

Kesyukuran, adalah ubat bagi perasaan ini.

Count your blessings, kata orang jawa.

Kekecewaan telah banyak mengubah manusia, sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Tu je nak cakap. >_<

Friday, May 02, 2014

Originaliti

di tulis oleh Unknown pada Friday, May 02, 2014 1 komen best

Semalam saya berpeluang hadir ke Muktamar Haluanita sempena Jubli Perak Haluan.

Menghadiri muktamar ini, antara input yang saya peroleh ialah keperluan kepada keseriusan mendapatkan bahan pembacaan.

Ketercampuran kita mendengar ceramah umum yang bercampur dengan lawak jenaka, atau kadang ceramah agama yang dijenakakan tak membantu kita untuk memahami keseriusan isu ummah. Kita menghabiskan banyak masa melayani facebook dan youtube, kononnya mendapatkan input berguna, sedangkan baaaaanyak buku fikrah yang kita tak habis baca dan hadam.

Menyedari hal ini. Saya pun turut merasakan, mengakui bahawa bercampur di dalam facebook secara tak terbatas mampu merosakkan cara fikir dan hala pandangan.

Alhamdulillah. Terlalu banyak sebenarnya isu penting yang berguna yang saya dapatkan daripada muktamar ini.. dan ingin saya mengajak diri sendiri untuk kembali serius menjaga sumber pembacaan dan rujukan media.

Monday, April 14, 2014

BAHAYA SARCASM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 14, 2014 0 komen best
Sarcasm mungkin berbunyi lebih sopan atau lebih intelek. Ia bermaksud gaya bahasa sindiran dan lebih berkias.

Pada awal trend sarcasm meluas, ia dilihat agak menghiburkan. Namun akal pendek kita terkabur dengan kesannya dalam jangka masa panjang.

Budaya sarcasm mampu menghilangkan daya sensitiviti seorang muslim berbahasa. Ia merendahkan maruah orang yang berbicara tatkala dia menyindir orang lain. Ia turut melenyapkan ketinggian budi, keindahan berbahasa dengan yang sepatutnya.

Lebih malang lagi, ia merosakkan dakwah kerana runtuhnya moral dalam pendekatan dan sentuhan dakwah dan memberi fitnah pula, terutamanya dalam penggunaan media sosial.

Budaya ini berada di tahap yang membimbangkan apabila hampir semua isu disarkaskan di ruangan maya ini. Ia menjadikan kita kelihatan hodoh dan tidak berperikemanusiaan.

Saya dengan terus terangnya ingin mengajak diri saya dan saudara saudari meninggalkan perbuatan sarkastik kerana ia mensarkaskan kehidupan yang serius ini menjadi seperti tidak bernilai. Agama tidak mengajar kita menyindir orang yang tidak beragama mahupun pendosa. Perbuatan ini malah menjadikan kita pendosa (naudzubillah) dan lebih ter'aib.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Tuesday, April 08, 2014

Meninggal dan meninggalkan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 08, 2014 0 komen best
Dalam hidup ini saya pernah, banyak kali terfikir untuk mula menjadi diri saya yang baru.

Delete semua email, Facebook, blog. Yang tinggal adalah diri saya yang bebas dari perkara-perkara lampau. Sejujurnya Facebook, sedikit sebanyak telah menganggu kelancaran hidup saya.

Saya ingin sekali meninggalkan kerja yang sekarang.
Pindah ke tempat baru.
Hijrah.

Sayangnya hidup saya teralu banyak perkataan tapi. Rasa sayang kepada apa yang saya ada membuatkan saya rasa tak kuat untuk melakukannya.

Mungkin saya memerlukan sebab yang kuat- meminta Allah menguatkan saya, atau saya akan meninggal tanpa sempat meninggalkan apa yang saya cinta.

Hidup tanpa perancagan memang akan jadi begini- menyesal tidak merancang.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea