Semalam saya berpeluang hadir ke Muktamar Haluanita sempena Jubli Perak Haluan.
Menghadiri muktamar ini, antara input yang saya peroleh ialah keperluan kepada keseriusan mendapatkan bahan pembacaan.
Ketercampuran kita mendengar ceramah umum yang bercampur dengan lawak jenaka, atau kadang ceramah agama yang dijenakakan tak membantu kita untuk memahami keseriusan isu ummah. Kita menghabiskan banyak masa melayani facebook dan youtube, kononnya mendapatkan input berguna, sedangkan baaaaanyak buku fikrah yang kita tak habis baca dan hadam.
Menyedari hal ini. Saya pun turut merasakan, mengakui bahawa bercampur di dalam facebook secara tak terbatas mampu merosakkan cara fikir dan hala pandangan.
Alhamdulillah. Terlalu banyak sebenarnya isu penting yang berguna yang saya dapatkan daripada muktamar ini.. dan ingin saya mengajak diri sendiri untuk kembali serius menjaga sumber pembacaan dan rujukan media.

1 komen best:
setuju.
bila ilmu yg di sampaikan sepatutnya di ambil serius, bila di tambah dengan jenaka, sedikit sebanyak akan menjejaskan mutu ilmu itu sendiri.
wallahualam.
Post a Comment