Monday, December 16, 2013

Recites

di tulis oleh Unknown pada Monday, December 16, 2013 0 komen best

Pakcik saya yang bijak laksana telah berbincang tentang recites.

Dia memberitahu, recites bukan sekadar baca, tetapi ianya lebih kepada perbuatan mentafsirkan sesuatu ke dalam kehidupan, mengajarkannya kepada orang lain dan menjadi hamba yang lebih baik.

Katanya; sebab Rasulullah pun recite, tapi bukan membaca sesuatu tulisan, sebab Rasulullah seorang ummi.

Panjaang lagi huraian tentang perkataan Iqra' dalam bahasa Arab, dan dia cuma mengajak saya berfikir, setelah melihat saya asyik memegang buku walaupun semasa bercuti.

Maksud recite tu, tadabbur ke?

Monday, December 09, 2013

Jawapan kepada kejedaan yang panjang ini.

di tulis oleh Unknown pada Monday, December 09, 2013 0 komen best

Antara benda yang paling tak patut wujud dalam hidup ini ialah mengeluh dengan apa yang berlaku.

Sayangnya itulah yang segera sekali kita lakukan bila adanya ketidakselesaan yang berlaku dalam hidup kita.

Setelah berfikir dengan agak panjang, dan mengambil masa yang lama untuk memikirkannya, saya menemui jawapan kepada kejedaan ini, hikmah apa yang menyebabkan Allah mencampak saya di sini dan melalui pausing condition ini: saya tidak melakukan kerja saya, tugas saya, tanggungjawab saya. Maka mungkin saya tidak layak untuk berkembang ke tempat lain kerana tugas di sini masih belum selesai.

Menyedari realiti ini (bahawa kerja kita masih terlalu banyak berbanding masa yang ada) membuatkan saya terasa amat sedih. Namun. Hidup ini dan kekecewaan saya tidak pernah gagal menjadi bahan untuk memotivasikan diri.

Buat kerja, buat kerja, buat kerja.

Kerja memang yang pertama, keluarga pun begitu juga, tapi dakwah tarbiyyah ini bukan yang kedua. Ia tidak pernah terpisah.

Oh ikin. Hidup ini janganlah dihabiskan dengan bermain.

Tuesday, December 03, 2013

Catatan Hari Jubah 2013.

di tulis oleh Unknown pada Tuesday, December 03, 2013 0 komen best

Alhamdulillah, saya telah diraikan pada Majlis Konvokesyen UUM tahun ini!

Sayangnya. Konvokesyen ertinya tidaklah semudah mengambil gambar keluarga sambil memakai jubah besar bertopi empat segi kemudian melambungnya ke langit dengan senyum melebar.

Adik bongsu saya, si Awang kenit yang tidak kenit lagi itu melihat transkrip saya dan berkata; "tak kan lah tadi kami tunggu lama-lama berjam-jam semata-mata nak dapatkan kertas ni je? Ini je ke?"

Well. Adikku. Kalau setakat nak dapatkan kertas empat keping itu, cetak sendiri pun boleh. Kak Uda pun tak paham sebenarnya kenapa mesti adakan konvokesyen yang perbelanjaannya mahal dan menghabiskan masa yang banyak. Its a celebration and everyone is happy :) although i have heard that this ceremony is mocking one of the christian/jews style in some way.

Kita seharusnya beringat, apa sekalipun yang Allah beri, ianya menguji keimanan. Fasa hidup baru yang berlangsung, kita seharusnya memerhatikan keimanan kita. Takut dan harap kita. Kebergantungan kita. Kecintaan kita. Ia akan mudah berubah, mengikut suasana dimana kita berada.

Sekarang, degree phase dah tamat.

Kalau kita hanya belajar sebab harap dpt scroll dan hidup baik-baik, scroll sudah dpt dan kehidupan akan berakhir. Erti hidup akan memudar, kabur dan mudah kesasar.

Tetapi kalau kita belajar kerana Allah, Allah kekal selamanya. Ilmu akan diterjemah kepada amal, amalan yg meningkatkan keimanan, insyaAllah.

Muhasabah. Kita tak ingin membiarkan diri kita yakin terus bahawa kejayaan ini atas usaha kita semata2. Juga, nak ingatkan diri, skroll ini terpalit tanggungjawab untuk ummah. Bukan utk kerja makan gaji untuk perut sendiri saja.

Muhasabah!

Wednesday, November 27, 2013

pausing condition.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 27, 2013 0 komen best
Stuck.

Saya telah tersekat di satu fasa dalam hidup ini: tamat pengajian. Mungkin sebab terlalu selesa dengan situasi dan kehidupan sekarang sampai malas nak bergerak keluar dari keselesaan ini.  Kerja tidak memungkinkan saya untuk selalu travel unless kerja saya memang travel. Terlalu banyak ketakutan untuk dihadapi dalam hidup ini, tapi terlalu banyak pula kemahuan untuk dipenuhi.

Pausing condition adalah sangat bahaya kepada kesihatan iman dan mental. Kita boleh putus harapan dan hilang keyakinan pada masa yang sama. Masa muda bukanlah masa untuk menunggu. Dan membuat keputusan tidak seharusnya mengambil tempoh yang panjang dan lama.

Hidup ini hanya untuk Allah. Sebaik sahaja kita yakin dengan yang ini, maka hilanglah semua kebergantungan terhadap yang lain, termasuklah terhadap diri sendiri.


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea