Saya telah tersekat di satu fasa dalam hidup ini: tamat pengajian. Mungkin sebab terlalu selesa dengan situasi dan kehidupan sekarang sampai malas nak bergerak keluar dari keselesaan ini. Kerja tidak memungkinkan saya untuk selalu travel unless kerja saya memang travel. Terlalu banyak ketakutan untuk dihadapi dalam hidup ini, tapi terlalu banyak pula kemahuan untuk dipenuhi.
Pausing condition adalah sangat bahaya kepada kesihatan iman dan mental. Kita boleh putus harapan dan hilang keyakinan pada masa yang sama. Masa muda bukanlah masa untuk menunggu. Dan membuat keputusan tidak seharusnya mengambil tempoh yang panjang dan lama.
Hidup ini hanya untuk Allah. Sebaik sahaja kita yakin dengan yang ini, maka hilanglah semua kebergantungan terhadap yang lain, termasuklah terhadap diri sendiri.

0 komen best:
Post a Comment