Dalam keluarga, saya saja yang sekolah jauh dari keluarga.
Abah kata; "Anak kita, sekali dia dah keluar rumah, tak kisahlah nak kerja, belajar, atau kahwin, dia hanya akan balik sekali-sekali saja pada kita. Macam melepaskan burung terbang"
Kerja
Ada masa senang, ada masa susah. Namun rezeki itu, bukan bos yang bagi. Kalau beriman dengan bos, alamat mati keringlah bila bos terlewat bagi gaji. Kalau beriman dengan duit, maka kita akan percaya yang kita akan mati kelaparan sewaktu duit tidak ada. Sewaktu mula-mula bekerja ini, itulah cabarannya; untuk tetap yakin tentang hakikat sumber rezeki.
Kadang Allah uji, dan kita tetap perlu yakin. Sweetness of faith.
Quality time.
Saya cuba untuk tidak membawa kerja balik ke rumah. Menguruskan kerja dan masa sebaik-baiknya.
Sepanjang saya membesar, saya tidak pernah melihat abah membawa balik kerjanya. Tidak kiralah semasa susah atau senang. Abah malah jarang sekali tiba lewat ke rumah selepas waktu bekerja. paling lewat pukul enam. Sekalipun abah bukan orang kaya yang mencari rezeki sehingga makan pun tidak cukup, sekurang-kurangnya abah tidak meninggalkan membaca Qur'an setiap malam sejak saya kecil sehinggalah sekarang. Dan saya sangat bersyukur, abah sangat mengutamakan masa di rumah selama kami membesar.
Jadi saya cuba untuk menjadi seorang perempuan tua yang macam abah suatu hari nanti.
