Sunday, May 26, 2013

Relaks

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 26, 2013 1 komen best
Hasan Basri ditanya: "Apa rahasia zuhudmu di dunia ini?".
Jawab beliau: "Aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, oleh karena itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalkutak akan dikerjakan orang lain, oleh karena itu aku sibuk mengerjakannya(beramal saleh). Aku tahu Allah SWT selalu memperhatikanku, oleh karena itu aku malu jika Allah SWT melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu mati itu sudah menungguku, oleh karena itu aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan-Nya".


Saturday, May 25, 2013

Updates

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 25, 2013 0 komen best
Mei yang hampir berakhir, dan bulan yang amat sibuk. Sibuk sebab ini adalah bulan terakhir praktikal dan tugasan saya bertukar  kepada menguruskan kewangan berbanding menjaga dokumen dan perhubungan awam, komunikasi dengan klien.

Saya amat menyukai kerja saya. Persekitarannya. Dan orang-orang di sekeliling saya. Bekerja tanpa lelaki memang selesa. Best.

Pemandu yang cuai.
Saya masih memegang lesen P yang akan tamat hujung tahun nanti. Saya masih belajar2 untuk memandu dengan cekap. Semoga saya cepat2 menjadi pemandu yang cekap, berbanding sebelum ini yang selaalunya hanya menjadi penumpang yang tidur..

Master
Alhamdulillah dengan tamatnya sesi praktikal maka saya tellah hampir  kepada bergelar graduan BBA LOGTRANS.  Masih keliru sama ada nak ambil master by research !@coursework, sebab rasa malas nak buat research. Pilihan juga tak banyak, program master dalam bidang transport hanya ada di UiTM sahaja.  Sesungguhnya saya sangat ingin terus berkhidmat di  utara
a

Monday, April 29, 2013

Hadiah dan kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 29, 2013 0 komen best
"Hidup, adalah untuk mencari erti", demikianlah kata Pc Razali Maarof, pemuda yang sangat saya kagumi.

Selepas perkahwinan kakak...
Kebelakangan ini, sejak kakak kahwin, abah suka mencucuk suasana dengan persoalan 'bila pula saya'. Pertanyaan abah membuat saya terfikir tentang 'bila pula saya'. Abah seperti tidak sabar-sabar untuk melangsungkan majlis kenduri kahwin untuk anaknya yang lagi satu ini, sehingga mengulang kepada saya hadis '3 perkara yang perlu dipercepatkan: solat, mengebumikan orang mati, dan menikahkan anak perempuan' yang selalunya saya akan pulangkan dengan sekadar gurauan atau kelihatan ambil ringan saja. Saya terfikir bahawa adakah perkahwinan adalah segala-galanya, sama ada ia adalah titik mula kehidupan, atau pemisah dengan kehidupan sekarang kepada kehidupan lagi satu? Saya tidak ingin berkahwin hanya kerana saya melihat orang lain berkahwin. Saya ingin berkahwin, kerana saya faham maksud dan tujuan berkahwin. Oh.

Next...

Ziarah
Baru-baru ini saya menziarahi makcik di Batang Berjuntai (saya lupa apa nama baru tempat itu), yang diserang strok sebelah kanan badannya. Melihat makcik itu menanggung sakit, saya terfikir tentang lemahnya manusia dan hebatnya Allah. Jika saat ini dia menarik daripada tubuh kita satu saja urat, atau dia tidak izin kita untuk bergerak.. tak tahulah.

Adab semasa menziarah, ialah, jangan menyebut lagi tentang bagaimana kesakitan orang lain pula. Orang sakit perlukan motivasi untuk terus tabah menerima ujiannya dan berusaha untuk sembuh.

Hadiah
Semua orang perlukan hadiah. Kakak saya yang baru berkahwin, adik lelaki saya yang menyambut ulangtahun, abang sepupu yang akan berkahwin bulan depan, dan officemate yang akan saya tinggalkan sedikit hari lagi.

Adakah diri saya sendiri adalah hadiah dalam kehidupan orang lain?

Monday, April 22, 2013

attitude

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 22, 2013 0 komen best
Masa kecik-kecik dulu, tokmak saya masih sihat. Kalau datang ke rumah, mesti tak duduk diam-diam, ada saja yang nak dikemaskan walaupun rumah dah kemas. Yang tak bestnya, dia suka bising, duduk makan berpangku salah, meniarap angkat kaki salah, makan kunyah berbunyi-bunyi salah, even, hembus hingus di meja makan juga salah. Ada saja yang tak kena. (Kata sepupu saya, tokmak kami adalah perempuan melayu terakhir).

Kalau pergi rumah makcik saudara saya lagi teruk. Memang cerewet, makan kat rumah dia kena pakai sudu.  Tak boleh bunyi berlaga sudu dengan pinggan. Ohmaii..

Bila saya berumur sembilan tahun, duduk rumah atuk nenek, memang nightmare. Baju sekolah sikitpun tak boleh kotor. Dan saya dimarah bila panggil abang amin saya dengan nama saja, lagi, saya kena belajar buat banyak perkara sendiri. Disiplin. Bersyukurlah kerana pada masa itu saya memang tak pandai marah dan komplen. Rasanya sayalah budak paling baik pada masa kecil (hahahahahahahaha).

Bila saya dah besar panjang (takdelah panjang sangat pon), baru saya faham. Semua itu untuk membentuk diri saya yang dewasa dan menjadi manusia yang semenggah.

Saya tulis ini, kerana anak saudara saya yang ada semuanya agak manja dan degil, susah menurut kata, mungkin sebab tidak ditegur bila berbuat salah. Maka saya bimbangkan mereka, kalau sikap yang tidak ditegur itu berlarutan sampai ke usia tua.

Memperkemaskan sikap, haruslah bermula semasa kecil. Disiplin. Adakah sikap disiplin kita yang dahulu, masih sebati dalam diri? :)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea