Saturday, April 20, 2013

disturbance

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 20, 2013 2 komen best
Pena penulisan saya semakin tumpul. Kadang-kadang apa yang saya ingin nyatakan tersekat-sekat. Apa yang saya hadam dari kehidupan ini, tidak lagi dapat dikongsi. Saya menjadi semakin diam dan sepi. Mungkin kerana dosa-dosa antara saya dengan Allah.

Saya yang dulunya terasa seperti kotak soalan, tidak lagi teruja untuk bertanya soalan apa-apapun. Tidak lagi teruja. Rasa seperti mati sebelum saat kematian, pada saat saya tidak lagi ingin bertanya apa-apa dalam hidup ini.

Saya tidak berharap kata-kata saya terhenti setakat ini saja.

Thursday, April 11, 2013

Membaca fikiran lelaki melalui 'Act like a lady, Think like a man'

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 11, 2013 0 komen best
Sudah dua bulan berusaha menghabiskan bacaan buku ini, pada masa-masa senggang, biasanya pada waktu menunggu makanan sampai di meja makan, menunggu kakak saudara mengambil dari kerja atau ketika tak ada apa nak buat. wah. nampaknya membaca tidak lagi menjadi agenda utama hidup, sesuatu yang perlu diambil kisah.


Well buku ini bukanlah yang terbaik yang menggambarkan hati budi lelaki muslim atau asia tapi ia memberi sedikit gambaran tentang bagaimana lelaki berfikir. Lelaki digambarkan sebagai makhluk yang simple, dilahirkan untuk memikul tanggungjawab dan menyelesaikan masalah. Dia hanya akan bekerja untuk sesuatu bila dia mahukannya. Mereka tak dilahirkan untuk berfikir secara remeh temeh. Contohnya, (ini contoh yg pkcik Rosdi selalu bagi): Bila perempuan memberitahu bahawa sudu di rumah sudah patah, yang lelaki akan terus mencadangkan untuk beli lain. Jika perempuan A memberitahu perempuan B bahawa sudu di rumahnya sudah patah, ia akan menjadi cerita panjang lebaryang selalunyatidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul, seperti; bertanya apa kenapa, bagaimana dan bila sudu itu patah dan bengkok atau bagaimanakah keadaannya.

Sounds simple, but Allah has made us unique that way.  Well esok kakak saye nikah dan saye akan jadi goody girl the next day-ny. Next in line...?

Thursday, March 21, 2013

di sebuah tempat bernama harapan

di tulis oleh Unknown pada Thursday, March 21, 2013 0 komen best

Sekali lagi, hidup saya terkait dengan sebuah tempat yang penuh harapan.

Setiap hari, setiap minggu, saya mendepani adik-adik lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan dan ingin menjadi doktor. Sudah tentulah, yang lebih besar harapannya adalah ibubapa kepada anak-anak ini yang sentiasa berdoa agar anak-anak mendapat yang terbaik dalam kehidupan.

Menjadi doktor, saya tidak tahu apakah rasanya. Tetapi melihat kawan-kawan saya menjadi doktor, dan hidup sebagai seorang pelajar perubatan, menghafal segala jenis nama penyakit dan ubat, terasa tak bernafas dengan hanya melihat mereka, apatah lagi bila kita menjadi. Harga yang dibayar untuk menjadi seorang doktor begitu mahal, sehingga kawan saya (yang menjadi doktor itu) berkata; "kami menanggung segala kepayahan agar orang lain tidak merasa sakit".

Sejak bekerja di tempat ini, saya mendepani pelbagai konflik pelanggan dan pesaing, bagaimana majikan saya menghadapi semuanya, dan bagaimana setiap hari itu mempunyai nilainya tersendiri. Saya amat bersyukur, rakan sekerja semuanya baik-baik dan mudah berurusan jadi saya tak menghadapi masalah dalam melaksanakan praktikal saya.


Berbaki dua bulan saja lagi.

Monday, March 04, 2013

Prison Break

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 04, 2013 0 komen best
Wow. Chikin tengok Prison Break?

Baru tengok separuh dari Season 1. Apa yang saya dapat dari menonton PB?
Well. Saya pun tak pasti. Mungkin tentang brotherhood, friendships, dan mengehadkan diri apabila melakukan sesuatu,merancang dengan timing yang tepat, dan memikat orang dengan tujuan menjadi pemudahcara (ceh! yang ni xbetul ). Tak sangka pun saya addicted nak tengok siri cerita ini padahal ia hanyalah tentang orang-orang di dalam penjara yang cuba melarikan diri.

Prison Break adalah tentang seorang arkitek muda yang masuk ke dalam penjara demi mengeluarkan abangnya yang dikambinghitamkan atas tuduhan membunuh abang kepada timbalan Presiden US. To think back, ada baiknya menjadi seorang yang pemerhati dan peka seperti Micheal Scofield. Dan, penjara dalam sejarah Islam, mencatatkan bahawa telah banyak mukmin yang dipenjarakan. Para ulama' dan pejuang Islam khasnya, menulis buku-buku dan memperbanyak ibadah di sebuah tempat yang bernama penjara. Penjara, bukanlah tempat yang sangat buruk sebenarnya, bagi orang yang bijak. Mungkin kita yang sedang bebas ini sebenarnya yang sedang terpenjara, di sebuah dunia, yang terbelenggu dengan sesuatu yang kita tak nampak dan tak tahu: jahiliyyah, kesyirikan, taghut.

Saya sangat letih dan tak bermaya untuk menulis disebabkan batuk dan rasa nak demam, dan harini saya bekerja.

Monday Blues? Saya sangat sukakan kerja saya, mana mungkin mengalami munday blues gitu.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea