Saturday, January 26, 2013

dear singles II

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 26, 2013 0 komen best
So harini orang yang dikasihi telah walimatulurus, yang nikahnya berlangsung pada 20 Januari yang lalu.

Pernikahan, adalah sesuatu yang sangat mulia, sesuatu yang dimuliakan Allah. Dan menjadi single juga mulia, selagi kita beriman, dan mengisi masa muda sebaik-baiknya.

Dua minggu yang baru berlalu ini telah berlangsung dengan begitu bermakna sekali. Dua minggu terakhir di utara, sebelum kembali ke padang tempat membesar. Sobs sobs ( *___* )Saya memerlukan sesuatu untuk membantu saya menyediakan diri menghadapi dunia pekerjaan. Saya tidak ingin hidup saya tersandar kepada keinginan ingin cepat berjumpa jodoh, sibuk dengan angan-angan yang berkaitan dengannya sehingga saya lupa kepada tugas-tugas lain yang begitu banyak untuk difikirkan. Saya tidak ingin menganggur di jalan dakwah ini. Saya juga tidak ingin hanya bersidai-sidai di tepi-tepinya. Sudah terlalu lama saya menyiksa hati ini, membiarkan saja hak-haknya tidak terpenuhi.

Dalam kelompok manusia, ada tiga jenis jiwa. Jiwa yang hidup sihat dan sejahtera, jiwa yang sakit, dan jiwa yang mati.

Jiwa yang sejahtera, ia hidup dan bernafas dalam atmosfera keimanan. Jiwa yang sakit, adalah jiwa yang sekejap beriman sekejap tidak, manakala jiwa yang mati adalah jiwa yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Saya masih ingin menikmati kemanisan bekerja sebagai seorang bujang yang hidupnya sibuk dengan segala sesuatu yang mendekatkannya dengan Rabb; yang walau bila dia mula berfikir tentang jodoh, dia ingin perkahwinan itu melajukan langkah pergerakannya, menjadi sayap kirinya, dan dia tidak kisah jika sekalipun suatu hari nanti terpaksa memangku anak menangis dipangkuan ketika halaqah.

Kepada orang bujang yang masih muda seperti saya; bekerja kuatlah, nikmatilah masa muda; kerana perkahwinan akan selalu membuatmu lupa kepada kemudaan dan ruang bersendirian!

bernafas

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 26, 2013 0 komen best
Apa yang paling membahagiakan dalam hidup ini ialah bernafas dalam suasana keimanan.

Keimanan, adalah buah keyakinan yang akarnya menjalar dalam hati. Meyakini bahawa Allah adalah Rabb dan ilah yang selayaknya, tidak ada yang selain itu.

Kalimah Toyyibah, dan penafsirannya dalam bentuk sebuah kehidupan adalah seperti pokok yang baik, seperti pohon kurma yang seluruh incinya adalah bermanfaat untuk kebaikan. Sedangkan orang yang mendustakan kalimah toyyibah dan mengimani kalimah khabithah (read: khobisoh) diibaratkan seperti pohon yang buruk, yang hasilnya buruk, seperti lalang-lalang dan semak samun, akarnya tidak kukuh dan mudah ditarik, memegangnya saja akan membuakan jari terluka, hasil tanamannya beracun dan ia merosakkan persekitaran.

Okok. Kalimah toyyibah itu ialah pengakuan "Laailaahaillallah.." sedangkan kalimah khobithoh pula ialah kalimah pendustaan terhadap Allah seperti yang dilakukan orang atheis, musyrik dan kuffar..

Pendukung kalimah toyyibah terhina?
Pendukung kalimah toyyibah tidak penah hina, kerana keimanan itu sendiri adalah satu kemuliaan di sisi Allah. Tetapi kita akan terhina apabila kita tak beriman dengan sebenarbenar iman; seperti masih meletakkan kebergantungan kepada manusia, mash bermain-main di sekitar aqidah dan ibadah kita.

Pendukung kalimah khabithah bahagia & sejahtera?
Tidak benar sama sekali, kerana, di celah-celah kemakmuran yang diperlihatkan, jiwa mereka sangat kacau dan tidak pernah aman. Di sisi manapun, mereka tidak menemui ketenangan. Sebab itulah di negara-negara so called maju, anak muda mereka telah sekian ramainya yang membunuh diri.

Jadi; merasa banggalah, menjadi muslim mukmin, jangan ragu lagi!

Monday, January 21, 2013

Accident

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 21, 2013 0 komen best
Saya adalah pemandu yang masih belum begitu cekap. Masih lesen P dan belum lesen kompeten.

Petang Khamis, sebelum maghrib, saya memandu ke Changlun, dari rumah ummi. Allah izin, sesuatu telah berlaku. Semasa reverse, saya telah terlanjur agak laju dan melanggar kereta wira berwarna emas. MasyaAllah. Rupanya agak ambil masa juga nak back to the sense untuk mengucapkan Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.

Dan ia mengambil masa tiga hari juga untuk saya merasa agak trauma tetapi masih berani membawa kereta. Well perasaan mesti dikalahkan jika ianya terlalu menghantui. Saya bawa juga dalam kerisauan sahibah-sahibah yang tahu. Malah semalam telah sesat semasa mencari rumah roommate di Perlis dek kerana fikiran sudah bercelaru dan penat, dan hari hampir malam. Dan Allah izin, dalam saya berlegar-legar, saya masuk ke masjid dan azan pun berkumandang. Dengan selamba, kunci kereta telah tertinggal di dalam dan saya telah mengunci pintu kereta dari dalam tadi.

Ottoke.

Jadi dua peristiwa ini telah banyak menegur diri. Bahawa musibah itu mendekatkan diri dengan Allah. Bahawa maghrib dan senja bukanlah waktu yang afdhal untuk memandu, bahawa memandu memerlukan ketajaman mata yang cekap dan memandu perlu selalu tenang. Jangan lupa tawakkal, memandu kerana Allah. Memandu memerlukan latihan, supaya kita berhenti menjadi 'penumpang' yang hanya 'tidur' dalam perjalanan menuju destinasi.

Wednesday, January 16, 2013

That one last glance

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 16, 2013 0 komen best
I feel so happy to the fact that I'll be graduating. Bahawa hari ini adalah hari terakhir final's final exam. Dah tak ada lagi, lepas ini.

Sudah beberapa hari saya cuba bertahan dari merasa sedih atau menangis, sedang kawan saya Ein selalu teringin nak tengok saya menangis. Tadi saya bersalam peluk cium, satu demi satu kawan yang ada. Cuba menjadikannya momen yang akan saya ingat. Apa rupa dia sebelum berpisah. One last glance, bagi saya, selalu menyedihkan.

Saya selalu pujuk hati, bahawa kami akan berjumpa lagi, di masa depan.

Masih teringat, hampir empat tahun dulu, semasa ibu menghantar saya ke UUM, pada hari pendaftaran saya berasa letih dan rimas, dan entah kenapa saya terpandang wajah ibu yang macam terkilan dengan sikap saya. Setiap kali saya recall wajah ibu semasa itu, saya akan rasa sedih sangat.

Begitu juga, suatu hari, sebelum berangkat balik ke UUM setelah bercuti semester, ibu pandang saja saya, dan matanya nampak sedih kerana saya telah melakukan sesuatu yang membuatnya rasa tidak senang. Maklumlah kadang-kadang anak ibu ni selalu balik awal ke kolej, ada program dan ada yang perlu diuruskan. Semasa pulang saya berdoa; janganlah Allah ambil ibu kali itu. Biarpun Allah ingin mengambil ibu, biarlah saya dapat mengingat pandangan terakhirnya sebagai pandangan yang redha dan ikhlas penuh kasih, bukan pandangan sedih dan marah.

Saya ada seorang kawan bernama Afifah yang sangat baik orangnya. Solehah. Diam saja. Sangat taatkan ibubapa. Dan saya sangat kasihkannya, sebab dia sangat sweet. Mungkin sebab Allah sangat sayangkannya jadi bila memandangnya hati rasa sejuk dan sangat tenang. Bersinar-sinar. Sederhana dan sangat tenang. Jadi sebelum berpisah tadi saya memandangnya baik-baik, agar saya mengingati rupanya sampai bila-bila.

Ein, jiran sebelah saya, setiap kali menghantar kawan pulang, dia menangis. Sampai dia sendiri yang balik pun dia menangis. Dan pandangan terakhir saya pada dia tadi adalah semasa dia sedang cuba tersenyum sambil airmata bertakung-takung di bibir mata. Cuma saya saja ego dan tak menangis sampai ke sudah.

Allah, jadikanlah pertemuan kami sebagai satu rahmah, bersahabat dalam kasih dan sayangmu.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea