Monday, January 16, 2012

catch-up!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 16, 2012 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Lately saya macam agak lost track. Lupa diri dan buang masa muda. Sekarang saya dah tua. (ohno!)

Sebenarnya, saya mula sering marah & lalai waktu 'diheret' menjadi presiden kelab. Mungkin agak bengang dan terkejut, ditambah dengan satu kesilapan sendiri yang melibatkan orang lain, jadi saya ambil masa untuk buffer yang teramat lama untuk kembali 'sedar diri' dan 'bekerja'.

Now I breath fresh air. Masih hidup untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan kejutan.

Hiduplah, menjadi hamba.

"tanda-tanda hati masih hidup, ialah rasa malu melakukan dosa".

Saturday, January 07, 2012

realiti itu susah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 07, 2012 0 komen best
Menghadapi suatu realiti itu lebih susah daripada berangan-angan menghadapinya. Atau melihat orang lain menanggung sesuatu musibah nampak lebih ringan berbanding menghadapinya sendiri. Dan kadang-kadang apa yang digalas orang lain itu rasanya biasa saja pada bahu sendiri.

Bergantung pada bagaimana kamu melihatnya, mungkin.

Saya biasa berbincang tentang bagaimana mengambil kesempatan pada waktu seseorang dilanda kesedihan, iaitu 'hadir' pada waktu dia memerlukan, 'mengisi' ruang kosong dan 'menghidupkan' apa yang dirasakan mati. Da'ie itu sifatnya bermanfaat dan penuh rasa kasih.

Namun bila Allah beri peluang untuk saya 'mengambil kesempatan' apabila peluangnya wujud, saya macam tak bersungguh-sungguh untuk mencuba. Moreover, saya berada pada situasi yang tidak mengamalkan 3 prinsip utama.

"Dakwah itu bukan kamu punya, jadi jangan laksanakannya sesuka hati kamu."-kata-kata ulama'.

Kawan-kawan saya menggelar saya 'solution' kerana simple-minded yang wujud dalam personaliti saya. Kadang-kadang rasa down pun ada sebab tak mampu nak faham komplikasi yang wujud dalam diri orang lain. Bila saya diajukan dengan masalah berjela-jela, saya terus bagi solution- sama ada 'doa', solat, atau sabar. Sebenarnya, itu bukanlah kaedah yang betul untuk memasukkan rasa hamba ke dalam diri seseorang, sebab saya tersedar bila ditegur; "susah cakap dengan ikin ni.. terus ada solution bila kongsi masalah". what she means is.. i really need to hear out what she tried to explain.. baginya, kalau saya sengaja tadah telinga tanda ihsan pun dah cukup berbanding banyak cakap tapi lebih menambah sakit dalam hatinya..

Da'ie perlu bijak, itu benar. Dan bukan kerja kita memegang hati manusia dan memerintah hati mereka untuk bertindak menurut kehendak kita. Da'ie perlu berstrategi, kerana, menurut kata-kata Pakcik Rosdi Baharom yang termasyhur, "Da'wah is a business of winning hearts".

Semoga saya tidak terus menikmati 'percutian indah' ini.

Tuesday, January 03, 2012

Live Confidently

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 03, 2012 0 komen best
Setiap kali saya cuba menulis sesuatu yang menyedihkan, ia pasti menjadi draft.

Saya kira, kesedihan yang saya rasai belum terlalu parah berbanding yang di sana.. jadi.. hiduplah dengan yakin, bahawa Allah menguji bukan saja-saja.

apa yang susahnya menjadi student IPT? tidak ada.
tidak ada yang menyedihkan kalau menjadi apa-apapun. Hidup ini hanya sunyi dan menyedihkan bila kita lalai.

hanya keimanan yang membezakan antara kau dan aku. Taqwa.

Sunday, January 01, 2012

Wish.. the best.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 01, 2012 2 komen best
This is the starting of the year.

At this moment, most of IPT students busy sticking with the books, pens and papers.. bukan sebab berharap tapi berusaha dengan sesungguhnya, agar dapat berbuat sebaik-baiknya. Bagi seorang muslim, peperiksaan juga medan jihad untuk menang dan mendapatkan lebih.

Muslim sentiasa mempunyai sesuatu yang lebih untuk dimiliki. Kalah dengan maruah atau menang dengan kesyukuran, dengan syarat punya niat dan halatuju lebih jauh daripada pandangan yang singkat.

Muslim, sentiasa lebih sibuk berbanding orang lain. Sibuk memanfaatkan diri dan masa, menyusun segalanya dengan baik, dengan kebergantungan luarbiasa kepada Allah.

Muslim itu luarbiasa. Bilamana dia berkeputusan untuk menjalin sesuatu, dia menyusun, dan meyakini keputusan Allah. Bilamana dia memutuskan sesuatu, walaupun pahit, tetapi kerana matlamat yang lebih jelas terbentang, dia melihat jalan keluar.

Kebuntuan dan setiap jalan hujung hanya akan memulangkan kita kepada Allah.

Wish. the best.. for the whole life and hereafter..may all of us pass with flying colors..
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea