Dalam sebuah buku bertajuk 'Hati Sebening Mata Air', Amru Khalid mencatat bahawa "ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan (rutin), berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah tersebut". Untuk mengubah keadaan ini, niat perlulah diperbaharui selalu. Begitu juga rasa kasih, jika hanya diterjemahkan ke dalam perbuatan secara rutin, ia menjadi krang bermakna.
Dalam berkeluarga, kadang-kadang kita lupa menambah erat ikatan kasih yang ada. Kerana ikatan dan keterikatan itu telah sedia ada sejak kecil. Kadang-kadang kita sengaja menyakitkan hati sesama sendiri tetapi hasilnya tidak menjadi benci pun.. Amarah dalam keluarga selalunya tanda sayang.. mcm cter Kabhi Kushi Kabhi Gham. ehehe.
Saya ada tanya satu soalan kat abah, semasa dalam perjalanan ke rumah dari KTM. Memang rasa berat sangat nak terkeluar pertanyaan tu, tapi disebabkan rasa ingin tahu yang membuak ya amat, saya tanya juga..
"abah, abah tak pernah rasa penat ke?"
"penat nape?"
"penatlah.. jaga anak ramai-ramai.. dengan macam-macam kerenah.."
abah mencebikkan bibir, dengan wajah relaks, sambil berkata, "tak pernah, nora..."
Abah kata, rasa sayang yang Allah bagi tu lebih banyak daripada kepenatan..
Why not, sesekali, tanya kat ibubapa soalan-soalan cepuemas yang mampu mengubah paradigma dan menambah rasa cinta? ~~~
