Friday, November 04, 2011

bimbang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 04, 2011 4 komen best
Pernah tengok tak tembikai berbentuk empat segi?

Tembikai berbentuk empat segi akibat dari inovasi dan idea manusia yang melakukan penanaman dan 'shaping' tembikai dari awal ia ditanam, tumbuh dan berbuah.

Pakcik yang menghantar dan mengambil saya untuk ke kelas memandu merupakan seorang bekas tentera. Katanya, dalam tentera ada satu jenis skuad yang digelar sebagai 'elit', tidak bercampur dengan askar biasa mahupun orang awam, yang dilatih hanya untuk menembak orang jika diarahkan. Dia hanya akan bergaul dengan orang awam selepas pencen dan menjalani kursus peneutralan semula diri, ala2 brainwash.

Kasihan, kasihan benar rasanya hidup yang disistemkan seperti itu. Tembikai empat segi.

Saya bimbang menjadi seperti itu.

Course saya ada memperuntukkan baju korporat untuk dipakai pada event tertentu. Bajunya pendek separas punggung, berwarna putih, dan berlengan tiga suku (separas siku). Pada saya, baju itu tak menepati syara' langsung. Senang-senang je saya disuruh pakai inner yang tight itu.

Sudah tentu sahaja suara minoriti untuk meminta kelabuhan baju tidak terdengarkan dan berbunyi enteng. Masih teringat, seorang kakak senior berkata, " akak takkan singkatkan lagi apa yang telah dilabuhkan..".

Bimbang rasanya saya menjadi 'tembikai empat segi' macamtu. Depan Allah nanti, bila saya disoal, takkan nak jawab, "aku pakai singkat sebab event planner yang suruh, katanya wajib!"

Wednesday, November 02, 2011

surirumah itu sibuk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 02, 2011 0 komen best
jadi surirumah itu sibuk, percaya tak?

Harini chef Ikin masuk dapur.. sekadar tolong basuh pinggan, masakkan sayur pastu goreng ikan.. tak taulah boleh harap ke tak chef Ikin tu sebab bahan-bahan masak semua ibu yang siapkan.

Masa goreng ikan.. chef Ikin terfikir..
ibu kata, goreng ikan tak boleh guna api besar.. kena guna api sederhana je.. (to be exact, 'api besar' ukurannya pada dapur memasak ialah 'max', kalau 'api sederhana' guna 'med' je..) sebab kalau guna api besar, nanti harap luar ikan je nampak masak (siap nak terhangus lagi), tapi bahagian dalam ikan tu belum masak lagi.. kalau guna api sederhana, ikan tu akan tergoreng dengan cantik, dalam pun masak & sedap..

bila kaitkan dengan tarbiyyah..

tarbiyyah dzatiyyah hanya dapat dilalui dengan sederhana.. tak terlalu cepat dan tak terlalu lewah.. kata Ustaz Muhtad, mengikut pengalamannya, orang yang selalu tinggalkan medan dan kerja Islam adalah orang-orang yang realitinya selalu lantang, cepat dan bersemangat.. tetapi disebabkan 'muawwiqot', dia, Allah izin, meninggalkan medan.. tapi orang yang steady & nampak macam slow je, kata ustaz, dialah yang masih konsisten dengan kerja-kerja Islam sehingga ke saat ini..

nak masak ikan pun kena ada proses, apatah lagi nak lalui proses tarbiyyah..kan?

kalau surirumah itu sibuk, apatah lagi orang yang bukan surirumah.. muslim itu, hidupnya sibuk!

p/s: muawwiqot bermaksud halangan dalam melakukan at-taghyir.

Saturday, October 29, 2011

reflection.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 29, 2011 0 komen best
Harini travel dari Perlis ke Penang, kemudian ke SP. Simple Plan.

Saya menikmati keindahan pemandangan sepanjang jalan sampai tertidur.

Agaknya, macam nilah yang sebenarnya analogi hidup. Sesiapa yang terlalu asyik, dia akan terlena dibuai keindahan.

Tapi.. sesiapa yang terlalu asyik memerhatikan kepayahan hidup, dia akan terlupa, bahawa di sepanjang jalan hidupnya, dunia terbentang amat luas dan indah.

Sekarang saya sedang begitu asyik memikirkan tentang seorang sahabat yang selalu membuatkan saya rasa tak dipedulikan. Sedangkan dalam hidup ni, dia selalu rasa tak dipedulikan. Jadi saya peduli tentang dia. Mungkin, Allah ingin saya berusaha lebih banyak, atau, saya perlu belajar membuka mata, bahawa saya perlu peduli tentang lebih ramai orang. Saudara2 Palestin, Somalia, dan sesiapa sahaja yang inginkan pertemuan di destinasi sana.

Memang, dada terasa sempit bila lemah iman. Bila kita tak jaga hubungan dengan Allah, segalanya jadi huru-hara..

Bila saya sampai rumah sahabat di Simple Plan hari ini, saya terjumpa kata-kata ini: "kalau hari ini aku tak rancang hidup aku pada masa depan, SISTEM yang ada pada hari ini akan merancang hidup aku pada masa depan".

Sunday, October 23, 2011

10-1=0

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 23, 2011 2 komen best

Ketika kali pertama mengenal tarbiyyah, saya diperkenalkan dengan sepuluh sifat ini. Ia dihurai secara khusus satu demi satu, dimana setiap daripadanya berakar daripada dalil al-Qur'an dan Hadis.

Bilamana dalam hidup saya tidak dapat mencapai salahsatu daripadanya, kehidupan saya terasa sungguh kuchalana..

Sebagai contoh;
saya tak boleh menjadi bermanfaat kepada orang lain tanpa menyusun urusan dengan baik dan menjaga masa serta melawan nafsu. Tidak mungkin saya mencapai akhlak yang mantap tanpa memiliki aqidah yang sejahtera, ibadahyang sohih dan luas pengetahuan.

Kesemua 10 sifat ini saling menampung antara satu sama lain. Tarbiyyah itu suatu hal yang istimewa, mana mungkin saya ingin menyimpannya untuk diri saya seorang sahaja.

Untuk mencapai kesemua 10 sifat ini, kita boleh bermula step-by-step, mendalami peribadi Muwasofat Tarbiyyah satu demi satu. InsyaAllah, Allah bersama dalam setiap langkah ini..

Ketahuilah, teman-temanku, bahawa; Tarbiyyah tidak dapat meberikan segalanya tapi segalanya boleh diperoleh daripada tarbiyyah!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea