Saturday, October 22, 2011

Lack of Motivation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 22, 2011 0 komen best
Saya kenal 'motivasi' sejak dengar ceramah abang Raja Shamri masa sekolah dulu.

kenapa saya termotivated dengan dia adalah sebab dia kata, 'abang lahir dengan kaki sebelah tapi abang mampu cemerlang. Kamu? kamu ada dua kaki, tak perlu loncat-loncat macam abang'.

motivasi itu berasal dari 'motive' + 'vision'.

So kalau rasa macam hilang arah dalam hidup tu bererti arah tuju sedang kabur, dan ia perlu dijelaskan kembali.

Saya mula berfikir dan bertindak positif sejak membaca buku-buku karya H.M. Tuah dan Chicken Soup. Motivasitidakdapat dijana jika ada banyak cas negatif, jadi saya mula menjauhi kata-kata dan orang-orang pesimis.

Potensi menjadi orang yang penuh motivasi semakin tinggi apabila mengenal erti 'Law of Attraction'. Dan motivasi paling baik diperoleh ialah daripada al-Qur'an.

Allah adalah motivator terbaik. Sentiasa menunggu kita menumpahkan masalah dihadapanNya dan menunggu kita meminta pendapatNya.

So, konklusinya bila kita lack of motivation ialah bermakna kita tak baca Qur'an, banyak bergaul dengan orang pesimis dan kurang membaca bahan-bahan yang membentuk motivasi diri.

Monday, October 17, 2011

malu nak cakap sibuk..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 17, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim..

Musim kesibukan telah lama bermula. Tapi malu nak cakap sibuk. Ada dalam satu hari tu rasa macam nak cerai-beraikan badan ni biar separuh kat sini, separuh kat sana. I am needed here and there, sometimes.

The most saddened thing is, i need to settle paperwork(s) and letters but in the same time my friend need me to help her for homework but i cant think of anything to help her. Hanya mampu duduk sekejap dan berfikir tapi tak dapat jawapan.

It is terrible when you dont know how to say NO and when is the right time for you to say YES. Its terrible, really-really-seriously terrible.

Bila kawan-kawan memerlukan saya untuk berada bersama through thick & thin, tak terkeluar dari mulut yang 'saya sibuk'.

Kalau cakap perkataan 'sibuk' tu rasa macam dosa besar.. sebab masih ada masa update blog dan twitter. Ustaz Ali Irfan pun ada cakap tentang akhlak Dr. Abdullah Sudin yang ada hampir 60 jawatan tapi susah nak dengar perkataan sibuk dari mulutnya.

Entahlah.. malu nak cakap sibuk.. sebab mungkin pengurusan masa dalam hidup ni yang tak efisien, sebenarnya.

But, truthfully, hidup seorang muslim memang sepatutnya sibuk~~~


Wednesday, October 12, 2011

Kata-kata yang baik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 12, 2011 4 komen best
Kata-kata yang baik, walaupun tak dapat mengubah apa-apa, sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati..

Hari ini, kali pertama saya dijerkah dengan kata-kata 'why you are so stupid!'..
Rasanya macam... hmmm.. rasa macam saya ni semut je.

Bukanlah saya tak pernah buat projek tapi sekurang-kurangnya kalau orangtu simpan kata-kata tu, itu lebih baik.. Pegawai Pusat Islam yang melatih saya buat projek kali pertama dulu tak pernah herdik saya sampai macamtu, walaupun saya masatu lebih bodoh dari sekarang.

So, the moral of the story is..

Akuilah kelemahan diri, maafkan orang lain, maafkan diri sendiri kemudian bersabar.. bila nanti, kalau marah sekalipun, at least jangan caci orang walaupun dia buat silap.. Theres no TOTAL stupid person on earth..

Dan.. jangan sampai kesibukan engkau menyusahkan orang!

p/s: lain projek, lain dugaannya.. 

Sunday, October 09, 2011

Life's golden ticket

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 09, 2011 0 komen best


Tadi petang semasa di library saya sempat membelek sebuah buku fiksyen berbahasa Inggeris bertajuk 'Life's Golden Ticket'.

Bukunya agak menarik, dan motifnya tentang menghargai hidup.
Cover Life's Golden Ticket
Tanpa kita sedar, kita semua memegang satu tiket untuk memiliki hidup ini, dari Maha Pencipta. Dengan 'tiket' ini, kita memilih siapa yang ingin kita jadi -- seorang yang periang atau penyedih, kaya ataupun miskin, bahagia atau derita. Its your choice.

Disebabkan kekangan masa, saya hanya membaca 2 chapter terawal dan 3 chapter terakhir. Cerita ni menggabungkan fantasi dan realiti, dimana saya tak faham sama ada watak utama cerita ni sedang mengalami fantasi atau realiti, sebab dia menghilang dari dunia nyata selama 40 hari, bertemu dengan bermacam-macam watak yang mengubah persepsi dan sudut fikirnya tentang hidup dimana di akhir 40 hari itu dia lebih menghargai orang kesayangannya.

Ceritanya boleh dikatakan macam cerita 'Alice in Wonderland'. Saya hanya pernah baca yang versi kanak-kanak. Masih teringat kata cikgu saya, semasa belajar dulu, mereka mengkaji cerita asal 'Alice in Wonderland' yang sangat kompleks bahasanya, sukar difahami dan ia bukanlah se-simple cerita Alice in Wonderland yang ditonton di TV. Entahlah, itu kata cikgu.

kalau cerita ni diadaptasi kepada movie, ia sangatlah bagus.. I wonder whether the man that appear at the end is the same man that help the main character alongside the story.. 

Life's too mystery to be think of. Cukuplah kalau dapat menjawab 3 persoalan utama dalam hidup ni..
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea