Friday, October 07, 2011

bila kau berhajat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 07, 2011 2 komen best
"Berdoalah kepadaKU, nescaya aku perkenankan kepadamu.."

Allah telah berjanji akan memakbulkan setiap doa hambaNya. Sama ada cepat atau lambat, ia terpulang kepadaNya.

Seorang anak pernah bertanya, "Abah, betul ke Allah akan memakbulkan doa hambaNya?" dan abah menjawab.. "Kalau kamu mintak kat abah hari-hari yang nora nak laptop baru.. agak-agak abah bagi tak?"

"Bagi.. kalau abah dah ada duit dan mampu belikan saya laptop baru.." jawab si anak.

"Maknanya, Allah akan makbulkan juga bila dah sampai waktunya.. kamu minta laptop, itu kan satu hajat? sebut hari-hari.. itu kan satu doa? bila abah belikan.. in the same time, bukankah Allah yang makbulkan permintaan tu? bila anak meminta sesuatu.. kalau ia perlu dan relevan, abah mesti usahakan juga.. bila ada demand barulah ada usaha" kata abah.

Lets be aware dengan hajat kita. Saya dah selalu dan sering merasai, menjumpai waktu-waktu yang Allah memakbulkan keinginan dan hajat saya walaupun saya belum memintanya.

Sewaktu laptop lama patah dulu, suddenly ibu get some money from EPF and she buy me this lappy. Pretty unexpected right, this life?

Sewaktu saya baru masuk univ dan berhajat mencari kawan yang baik, out of nowhere ada seorang wanita call saya, menemukan saya dengan apa yang dipanggil tarbiyyah.

Dah beberapa kali sepanjang saya belajar, bila saya tak ada duit, ada je orang belanja atau bagi duit untuk program dan sebagainya.

Semasa semester 3, saya memerlukan RM500 on the spot dan seorang wanita memberikannya kepada saya (pada asalnya saya nak pinjam) tapi dia memberikannya tapna saya perlu membayarnya. Not even a single cent!

Bila nak bersyukur? takkan Allah nak bagi rasa happy manjang baru nak bersyukur, betul tak?
Berhajatlah, Allah pasti menunaikan keinginanmu.. mintalah kepada Yang Memiliki segalanya, Dia Maha Kaya!

Wednesday, October 05, 2011

i can read you.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 05, 2011 0 komen best
Like A Book
Sebenarnya.. Bila ada orang kata dia memahami kita, mungkin dia faham kita pada sudut dunia yang kita tak nampak.. Atau, kemungkinan keduanya, dia sebenarnya tidak pernah memahami kita sedikit pun!

Kita tak perlukan jangka waktu yang bertahun-tahun untuk menjadi sahabat yang baik kepada seseorang.. Cukuplah dengan menerima kelemahannya, menyenangi kehadirannya dan menghargai kebaikannya. Bukan salah kita kalau kita menemui kawan yang tak disenangi, tapi sekurang-kurangnya, jangan keji orang.

Saya bukanlah orang yang sangat terbuka; widely open to any mankind. Saya seorang yang kerek sebenarnya (kot). Tapi sejak mengenal roommate next door yang setiap hari 'mengganggu' hidup saya dengan macam-macam kerenah, saya jadi happy. At least, bila balik bilik, ada je orang ambil tahu bila saya makan, sakit, buat kerja apa dan menjadi tempat saya 'menyibuk' bila penat. Saya sangat menghargai kebaikan girls next door yang selalu buat hidup saya rasa meriah.

diorang dah macam mak saya. Kejap-kejap; "Ikin, dah makan ke belom? Nak makan ape?" atau "Ikin!! pegi mandi....." atau "Ikin~~ takde assignment ke~~" atau "Ikin! Jom pegi mall nak cucuk duit...."

Thank you, girls next door.. Even if you both doesn't know me wholly, but truthfully, other than my roommates, you both understands my flaws..

Monday, October 03, 2011

merajuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 03, 2011 5 komen best
Merajuk itu satu penyakit yang berbahaya kepada persahabatan dan organisasi.

Saya bukan nak refer kepada merajuk yang selalu dilakukan oleh kekasih kepada kekasihnya.

Selalunya orang merajuk sebab terlalu mengharap kepada sesuatu tetapi tidak mendapatkannya, atau merajuk kerana ingin memperoleh perhatian. Ketahuilah, merajuk adalah hal yang merugikan. Merugikan persahabatan bilamana kita memenangkan iblis yang sedang berbisik bahawa dia jahat dan aku betul. Merugikan masa bilamana banyak kerja produktif yang boleh dilakukan tetapi dibuang untuk berfikir tentang merajuk. Mengambil masa yang lama untuk pulih, memujuk diri untuk kembali kepada keadaan yang stabil.

Sebenarnya saya sedang merajuk. But, whats the point of sulking, when someone at the other side doesn't even know that you're sulking? Come on, kin, grow up faster!

Merajuk bukan sifat orang yang matang. Tapi bila dapat bertahan, memaafkan dan jadi seorang yang positif membuatkan saya rasa cool.. (hehehe)

Well, jadi muslim, hidup sebagai seorang muslim dan berfikir sepatutnya seperti seorang Muslim memang cool! Sebab tak ada apa yang nak dimarahkan atau nak dimerajukkan.

So, lets be a cool Muslim~~

Sunday, October 02, 2011

graduation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 02, 2011 0 komen best
Sekarang musim konvo... terutama di UUM.

Alhamdulillah, ramai senior dah mendapat tauliah. Graduated. Kak Fahana, Kak Su, Abang Adib, Abg Ash, Kak Maryam, Kak Hana.. mereka adalah orang-orang yang telah banyak membantu diri mengukir peribadi menjadi cik adik yang banyak berceloteh dan selalu bersemangat..

Masa berlalu, umur meningkat, dan apabila sampai  waktunya, manusia perlu berubah ke fasa seterusnya..

Saya, sekarang berada di tahun ketiga. Dah biasa dah kalau orang panggil Kak Ikin.

Semalam nampak seorang ayah pegang sejambak bunga. Alangkah bestnya kalau orang itu adalah abah saya.

Graduation seorang muslim bukanlah sewaktu dia tamat belajar, bukan semasa dia memperoleh gelaran dokter, bukan juga masa dia mendapat title profesor.. graduation seorang muslim ialah apabila kejayaan yang dikecap membawa kita ke syurgaNya..

Graduation sebenar ialah graduation di hadapan Allah!

Muslim are always special since we always have extra to gain.. and more to have.. and lots to focus.. our journey wouldn't stop until the last breath!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea