Wednesday, October 05, 2011

i can read you.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 05, 2011 0 komen best
Like A Book
Sebenarnya.. Bila ada orang kata dia memahami kita, mungkin dia faham kita pada sudut dunia yang kita tak nampak.. Atau, kemungkinan keduanya, dia sebenarnya tidak pernah memahami kita sedikit pun!

Kita tak perlukan jangka waktu yang bertahun-tahun untuk menjadi sahabat yang baik kepada seseorang.. Cukuplah dengan menerima kelemahannya, menyenangi kehadirannya dan menghargai kebaikannya. Bukan salah kita kalau kita menemui kawan yang tak disenangi, tapi sekurang-kurangnya, jangan keji orang.

Saya bukanlah orang yang sangat terbuka; widely open to any mankind. Saya seorang yang kerek sebenarnya (kot). Tapi sejak mengenal roommate next door yang setiap hari 'mengganggu' hidup saya dengan macam-macam kerenah, saya jadi happy. At least, bila balik bilik, ada je orang ambil tahu bila saya makan, sakit, buat kerja apa dan menjadi tempat saya 'menyibuk' bila penat. Saya sangat menghargai kebaikan girls next door yang selalu buat hidup saya rasa meriah.

diorang dah macam mak saya. Kejap-kejap; "Ikin, dah makan ke belom? Nak makan ape?" atau "Ikin!! pegi mandi....." atau "Ikin~~ takde assignment ke~~" atau "Ikin! Jom pegi mall nak cucuk duit...."

Thank you, girls next door.. Even if you both doesn't know me wholly, but truthfully, other than my roommates, you both understands my flaws..

Monday, October 03, 2011

merajuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 03, 2011 5 komen best
Merajuk itu satu penyakit yang berbahaya kepada persahabatan dan organisasi.

Saya bukan nak refer kepada merajuk yang selalu dilakukan oleh kekasih kepada kekasihnya.

Selalunya orang merajuk sebab terlalu mengharap kepada sesuatu tetapi tidak mendapatkannya, atau merajuk kerana ingin memperoleh perhatian. Ketahuilah, merajuk adalah hal yang merugikan. Merugikan persahabatan bilamana kita memenangkan iblis yang sedang berbisik bahawa dia jahat dan aku betul. Merugikan masa bilamana banyak kerja produktif yang boleh dilakukan tetapi dibuang untuk berfikir tentang merajuk. Mengambil masa yang lama untuk pulih, memujuk diri untuk kembali kepada keadaan yang stabil.

Sebenarnya saya sedang merajuk. But, whats the point of sulking, when someone at the other side doesn't even know that you're sulking? Come on, kin, grow up faster!

Merajuk bukan sifat orang yang matang. Tapi bila dapat bertahan, memaafkan dan jadi seorang yang positif membuatkan saya rasa cool.. (hehehe)

Well, jadi muslim, hidup sebagai seorang muslim dan berfikir sepatutnya seperti seorang Muslim memang cool! Sebab tak ada apa yang nak dimarahkan atau nak dimerajukkan.

So, lets be a cool Muslim~~

Sunday, October 02, 2011

graduation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 02, 2011 0 komen best
Sekarang musim konvo... terutama di UUM.

Alhamdulillah, ramai senior dah mendapat tauliah. Graduated. Kak Fahana, Kak Su, Abang Adib, Abg Ash, Kak Maryam, Kak Hana.. mereka adalah orang-orang yang telah banyak membantu diri mengukir peribadi menjadi cik adik yang banyak berceloteh dan selalu bersemangat..

Masa berlalu, umur meningkat, dan apabila sampai  waktunya, manusia perlu berubah ke fasa seterusnya..

Saya, sekarang berada di tahun ketiga. Dah biasa dah kalau orang panggil Kak Ikin.

Semalam nampak seorang ayah pegang sejambak bunga. Alangkah bestnya kalau orang itu adalah abah saya.

Graduation seorang muslim bukanlah sewaktu dia tamat belajar, bukan semasa dia memperoleh gelaran dokter, bukan juga masa dia mendapat title profesor.. graduation seorang muslim ialah apabila kejayaan yang dikecap membawa kita ke syurgaNya..

Graduation sebenar ialah graduation di hadapan Allah!

Muslim are always special since we always have extra to gain.. and more to have.. and lots to focus.. our journey wouldn't stop until the last breath!

Tuesday, September 27, 2011

totalitarianism

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 27, 2011 2 komen best
Cara menyebut perkataan di atas ialah totally-tarian-nizam. hehe.

Saya kembali kepada topik-topik kegemaran dalam subjek-subjek yang diambil semester ni. Rasa seronok, bila belajar dengan penuh perasaan. Rasa marah, sedih, kelakar dan aneh.. Rasa kelakar bila kaji sistem buatan manusia sebab saya mempelajarinya, kemudian membandingkan dengan sistem yang real di dunia nyata kemudian mengkaji kelemahan-kelemahannya dan mengetawakan dalam hati terhadap kebodohan manusia kerana sistem yang ideal telah ada didepan mata tapi masih memusuhinya dan mengatakan sistem buatan tangan manusia itu jugalah yang terbaik.

Dalam masa yang sama, saya sedang mengetawakan keculasan diri yang masih jahil dan lalai dan masih duduk disini, menaip kata-kata ini, membunuh ruang dan masa yang sangat berharga ini.

Rasa kelakar, sebab dengan mengkaji ini semua, saya wajib menjawab soalan tentangnya dalam peperiksaan tentangnya kelak pada hujung semester dan saya akan dihukum dengan rasa bersalah apabila mendapat markah rendah akibat main-main dan tidak fokus, sedangkan ada hukuman lain yang menanti yang pada waktu ini saya mungkin terhijab daripadanya kerana kerosakan yang berlaku pada sistem hati saya.

Entahlah. Kebelakangan ini saya kecewa dengan diri sendiri. Kecewa adalah perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan hati ini. Kekecewaan ini datang tatkala saya membaca baris demi baris setiap buku yang baru dibeli dan yang dah lama dibeli atau dihadiahkan orang tapi tak pernah baca.

Hari ini, saya belajar sesuatu: hargailah masa lapang, sebab kita tak tahu bila masanya kita sempit... Untuk hari-hari yang seterusnya mulai saat ini, mungkin kesibukan akan merampas waktu-waktu yang ada dalam hidup ni..

Semoga, kesibukan ini tidak merampas apa yang berharga dari jiwa saya..........
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea