Saturday, August 06, 2011

letting go.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 06, 2011 0 komen best
Khas untuk jiwa yang kecelaruan, semoga lebih tabah mengharungi layar kehidupan.

Selepas suatu tempoh, kita harus melepaskan kecintaan kita pergi kerana kita mengasihinya. Kerana ada kasih yang lebih besar yang menantinya, dan ia lebih perlu untuk dilepaskan pergi. Mungkin jika kita memegangnya terlalu lama, ia akan menyebabkan kasih menjadi pudar dan tidak bermakna lagi. Atau pegangan kita yang terlalu lama akan membuatkannya sesak dan ia menjadi rosak, kita tidak tahu.

Ketahuilah, wahai jiwa yang kecelaruan, bahawa kita adalah Cinderella yang memiliki had masa dalam dunia yang tidak ada labu air bertukar menjadi kereta kuda. Namun had masa itu membenarkan kita menikmati masa yang ada untuk mencari apa yang dicita, menyedari bahawa hidup adalah pertandingan mencari hati yang paling redha.

Entahlah.

"Kadang-kadang aku jelas, dan kejelasan itu sangat terang sampai aku mampu melihat jalan yang hujung.. Namun kadang-kadang kejelasan ini jadi samar dengan dosa sehingga aku merasa berada dalam sebuah malam yang sangat gelita tanpa ada sekerdip pun cahaya.. Keadaan ini menjadikan aku ragu membuat keputusan bahawa melepaskan pergi itu adalah jalan terbaik..."

Allah, khabarkanlah kepada kami, jalan yang Engkau sukai.. dan perjelaskanlah kepada kami, bahawa cintaMu itu mengatasi segala cinta yang ada..

Wednesday, August 03, 2011

wordless wednesday #1

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 03, 2011 0 komen best
picture credits to Mofar Rahman, a twitter buddies from his tumblr, http://supermanlovesfireworks.tumblr.com.

Monday, August 01, 2011

mumble less monday #1

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 01, 2011 3 komen best

Saya suka layan kartun Savage Chickens.. Ada-ada je yang sinis..

Borang mutabaah Ramadhan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 01, 2011 0 komen best
Cuti tanpa bekerja memang sesuatu yang tak best bagi saya.. sebab kelesuan itu datang akibat 'tidak bekerja'. Namun insyaAllah, saya berhenti kerja bukan saja-saja, tapi sebab nak ambil kelas memandu..

Saya ingin berkongsi sedikit tentang borang mutaba'ah amal.. saya mula mengenali borang ini semasa Ramadhan yang lepas.. rupanya seperti ini:

tujuan borang mutabaah ini adalah checklist diri sendiri.. rasanya beginners je guna borang ni, bukan untuk lihat seberapa banyak amalan dah dibuat, tapi sebagai latihan untuk menjaga konsistensi dalam beramal..

borang ni rahsia kerajaan..yang diperintah oleh diri sendiri..boleh diubahsuai mengikut kesesuaian..pastu ikut kemampuan. Seingat saya masa kecil dulu ustazah pernah buat buku checklist untuk solat.. bila dah pandai jaga solat, buku tu dah tak diperlukan lagi..

p/s: credit borang mutabaah kepada sahabat yang tak dikenali daripada e-mel yang diterima.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea