Saturday, January 29, 2011

Cinta telah menjadikan aku begini...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 29, 2011 0 komen best
"aku mencintaimu", sebuah lafaz yang bisa menggentarkan jiwa dan mengubah sistem diri menjadi luar biasa.

Cinta menjanjikan kebahagiaan. Cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta, mendengarkan perkataan itu sahaja hati sudah berbunga.

Benarkah begitu?

Ketika seseorang datang menemui Rasulullah, lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku sangat mencintaimu". Rasulullah menjawab; "fikirlah baik-baik sebelum berkata demikian". orang itu menjawab,"Telah kufikirkan, aku sangat cinta padamu, wahai Rasulullah". Rasulullah mengulangi lagi, "Fikirlah sekali lagi sebelum kamu mengumumkan perkara ini". "aku masih cintakanmu, Ya Rasulullah."

maka, Rasulullah pun bersabda, "Jika kamu ikhlas dengan kata-katamu, maka bersedialah menghadapi kemiskinan yang akan menerpa dari segala arah kerana ia akan mengejar mereka yang cintakan aku sepantas air menuruni sungai".

Secara fitrahnya, jika kita mencintai seseorang, kita akan sanggup menuruti apa sahaja kata-katanya. Perintahnya. Suka kepada kesukaannya, mampu mengharungi kepayahannya, menangisi setiap tangisannya, sentiasa ingin menggembirakannya.

Secara fitrahnya juga, cinta menjanjikan jalan yang penuh berliku. Setiap cinta pasti ada dugaannya. Setiap yang mencintai pasti ingin kenal dengan lebih dalam tentang apa yang dicintainya. Cinta adalah suatu kuasa yang mampu mengubah seseorang dan memberi energi luar biasa apabila hatinya dipenuhi cinta.

Setiap yang mencintai pasti akan menangis kerana cintanya. Kita ingin cinta yang kita miliki menjadi seperti air sungai; jernih, boleh dimanfaatkan, dan sentiasa mengalir walaupun terpaksa merempuhi liku-liku dan duri duri.

Dan, cinta telah menjadikan kita seperti apa atau siapa diri kita sekarang. Cuba fikir; apakah yang kita paling cintai?

Thursday, January 27, 2011

bertahan, atau berjuang?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 27, 2011 2 komen best
Semakin hari, perkataan tanggungjawab menjadi semakin bermakna dalam hidup saya. Benarlah, tanggungjawab  sebenarnya lebih banyak, jauh lebih banyak daripada masa yang ada. Nak kata 24 jam itu tak cukup, orang dulu yang tak ada laptop canggih macam saya ni lebih mampu untuk mengislahkan masyarakat malah membuka negara Islam sehingga 2/3 dunia pula.. Saya? lembab dan lemau!

Semester baru sudah membuka tirainya sejak 11 hari lalu. Sepanjang tempoh ini, tugasan sudahpun menggunung. Semester 4 tidak menjanjikan masa depan yang cerah tanpa usaha yang kuat, apatah lagi dengan waktu yang kelihatannya terlalu suntuk untuk menunaikan semuanya: program, belajar dan tugasan.

Tak ada masa bermakna tidak ada masa untuk hal-hal yang tak syar'ie..

Bertahan, atau berjuang?

Bertahan dengan kelelahan taklah sehebat berjuang mencari kekuatan. Bagi saya, hidup ini begitu suram tanpa  cabaran yang menggugah jiwa. Cabaran cukup menguatkan diri yang lalai ini.. Saya tak mahu sekadar bertahan- bila-bila masa saja saya boleh rebah - saya perlu terus berjuang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dan pelajar tapa memberikan alasan!

Kerana beralasan itu bukanlah sifat seorang mukmin yang cemerlang! Berusaha!

Saturday, January 22, 2011

Bingkai Kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 22, 2011 0 komen best
Hidup ini, kalau ia diibaratkan sebagai cermin, maka ia perlukan bingkai yang menyokong ketahanannya. Dan salahsatu daripada bingkai kehidupan ialah nasyid.

Eh, kenapa nasyid?

Lah, biasalah, mana ada irama tanpa lagu...

Salahsatu nasyid yang benar-benar menjadi bingkai kehidupan saya, yang mengingatkan saya bahawa saya adalah seorang muslim yang mesti sentiasa cemerlang--- "Hari ini mesti lebih bak dari semalam", ialah nasyid 'Menuju Wawasan'..

Nasyid ini bukan sahaja memberi harapan yang begitu indah sebagai seorang muslim, tetapi ia juga memberi beberapa guide untuk menjadi muslim yang cemerlang--muwasofat tarbiyah

Tatkala saya masih baru dalam proses mencari Islam yang syumul, nasyid ini menjadi peneman. Nasyid yang baik ialah yang dapat membantu mengingatkan pendengarnya, sehingga mesej dakwah melalui nasyid itu sampai ke hati. Janganlah mendengar nasyid secara melulu, kelak kita hanya terhibur dengan rentaknya dan ia cuma menjadi lagu biasa yang tak bermakna--macam lagu bukan cinta biasa~ ataupun lagu rock kapak yang menyakitkan jiwa..

Bingkai kehidupan, jika ia rapuh, maka kehidupan juga menjadi cacat dan tidak kukuh.

Carilah asas yang kukuh untuk bertapak, dan asas yang paling kukuh untuk kita adalah Islam...

Friday, January 21, 2011

Pertemuan pertama yang istimewa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 21, 2011 0 komen best
Setiap pertemuan pertama itu istimewa.

Ish, waktu first meet-lah nak tanya semua, kan? Dari mata jatuh ke hati gitu.. (Lebih baik kalau dari hati pergi ke mata, kerana apabila hati ikhlas, semuanya akan nampak baik.. ) Selalunya kali pertama kita berjumpa seseorang, mata akan memandang, dan hati akan menilai. Jadi, berusahalah untuk memberi good impression kepada orang lain pada pertemuan pertama, dan dahulukan setiap perkara dengan bersangka baik.

Kenapa mesti nak memberi good impression kepada orang lain?

Jawapannya mudah; untuk menjadikan setiap pertemuan selanjutnya juga istimewa.

Istimewa; manalah tahu, orang itu akan menjadi seseorang yang bermakna dalam kehidupan kita. Mungkin orang itu akan mengingati kita dalam doanya. Mungkin orang itu adalah sahabat yang selama ini kita cari. Pencarian kita akan lebih mudah dengan berbaik sangka. Ia akan menjadi terlebih mudah dengan wujudnya rasa cinta.

Saya sangat menghargai pertemuan pertama. Pertemuan pertama selalu membuatkan hati saya rasa berbunga-bunga kerana hadirnya harapan untuk bertemu lagi dengannya, wujudnya janji-janji untuk melakukan sesuatu bersama. Ia membangkitkan semangat dan perasaan berbeza.. pertemuan kerana Allah, mungkin?

Ada beberapa pertemuan dalam hidup saya yang dirasakan begitu penting yang saya takkan mahu melupakannya. Apabila saya bersama sahabat-sahabat, sewaktu ingin mengimbas kembali kemanisan pertemuan, kami akan mengulang cerita yang sama: cerita sewaktu bertemu kali pertama. Percayalah, kami macam tape recorder yang mengulang seribu kali cerita yang sama tetapi masih merasakan kehangatan pertemuan tersebut. Ia sangat indah!

Selepas ini, cubalah menghargai sesiapa sahaja yang bertemu dengan kita, mungkin pertemuan itulah yang mengubah diri kita menjadi lebih baik untuk saat yang seterusnya!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea