Friday, February 10, 2023

Halaqah 10 feb 2023 - Mengingati Allah.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 10, 2023

 1. Merasai halaqah sebagai keperluan.

sesuatu kebaikan yang kita tak biasa buat, kita kena buat walaupun terpaksa. meningkatkan ilmu supaya merasai kemanisan amal. Sehingga kita rasa janggal pula bila tak melakukannya.

2. Tadabbur ayat surah al-Hasyr ayat 18-19

 Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2012/06/al-hasyr-indon.pdf

- kita bersama2 Islam dlm urusan2 kita.

- sentiasa berbekal dlm setiap tindak tanduk dan bekalan kita

- Sentiasa menjalin hubungan dengan Pencipta kita, itulah beza Islam dgn agama lain.

- Jangan lupa kpd Allah setelah mendapat nikmat, sentiasa mensyukuri nikmat Allah & mengucapkan Alhamdulillah.

2. Sirah- Fatimah Azzahra Puteri Rasulullah SAW menguli gandum sehingga menjadi tepung

- Fatimah menangis kerana kepenatan mengurus rumahtangga & meminta Ali untuk menyediakan pembantu untuk urusan rumahtangga. Penggiling gandum takut menjadi batu dalam api neraka.

-Allah ingin mengangkat darjat wanita yg berkeringat untuk keluarganya (panjang sabda Rasulullah ttg anugerah Allah kpd wanita yg redha dan berusaha untuk keluarganya)



0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea