Well ramadhan kali ni rasa macam antara yang terbaik....sebab saya betul2 memaknakannya.
Maybe sebab tulis resolusi Ramadhan, beberapa hari sebelum ramadhan.
Dan dengar banyak heart setting sebelum ramadhan, serta dilingkungi ramai kawan yang menyediakan diri untuk ramadhan.
Suka tengok sahabat/sahibah prepare nak masuk ramadhan & didik anak2 cintakan ramadhan.
Of course tahun ni penat sikit beza dengan tahun lepas sebab tahun lepas kerja di rumah waktu ramadhan, boleh bersambil habiskan baca 1 juz sehari.
Tahun ni xsempat habis 30 juz walaupun start dah juz 3..sebab Allah Izin uzur syarie datang awal & akhir bulan. Target2 lain insyaAllah dah tercapai.
Boleh muhasabah lagi, mungkin kena lebih banyak khatam dalam setahun supaya lebih banyak amal kita cuba fokus bulan ramadhan yang akan datang.
So untuk setting pasca ramadhan, bekalan 11 bulan lagi:
1. Puasa 6 di bulan syawal
2. Ganti puasa 11 hari sesegera mungkin
3. Cuba puasa sunat Isnin Khamis
4. Qur'an setiap lepas subuh 2 page
5. Sentiasa doa agar menjadi orang yang menjaga solat 5 waktu di awal waktu dan menjadi pembaca Qur'an, dikurniakan jodoh yang menjadi peneman dalam urusan agama, dunia dan akhirat
6. Doa untuk saudara2 di Palestin
7. Doa untuk ahli keluarga dan sahibah2 setiap hari pilih satu orang
Doa Akhir Ramadan;
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..
Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

0 komen best:
Post a Comment