Friday, January 22, 2021

Tahun ke 14 menulis

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 22, 2021

 Baru perasan harini yang sudah hampir 14 tahun menulis blog. Tegar.

Sebelum itu, saya hanya menulis diari. bertahun-tahun saya menulis diari. berjilid2.

Semasa sekolah, menulis diari adalah rutin harian saya. ada banyak curahan perasaan saya muntahkan dalam helaian2 kertas. setiap tahun saya akan menulis diari dengan sangat taat.

Sehinggalah tamat zaman sekolah dan mula menulis blog online. Blog ini adalah buktinya.

selama ni, sejak penubuhan blog ini, domainnya ialah norashikinrahmat[dot]blogspot[dot]com. tapi masa zaman uni, saya rajin baca komik online & tersuka pulak dengan nama watak komik Little Lady, Lady Leonora yang ada nama 'Nora' dalam namanye. Setelah mencuba2, missleonora[dot]blogspot dah ada yang ambil tapi blog dia dah merapu. Lepas banyak kali cuba barulah dapat tukar addressnya.. missleonora.blogspot.com. Tak ingat tahun bila.

dan saya ada tumblr dengan address missleonora.tumblr.com yang dah jarang update sebab tumblr dah tak ramai user macam dulu.

Saya suka blog untuk menulis, bukan photoblog. sebab sy tak pandai pun photography.

Dan saya suka menyimpan tulisan.

Cuma dah dewasa ni, words becoming more and more meaningless, kita semakin malas menghitung kata2.

Kita cuma mahu hidup bahagia.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea