Iqbal, atau penulis blog Bayyinat - baru2 ini saya kembali follow this person on FB.
Well sebelum ni pun follow blog dia je, baca pesan2nya yang baik. itu punnn dah zaman bila, dah lama sangat.
Baru tahu yang isterinya telah meninggal dunia, meninggalkan seorang anak perempuan yang masih kecil lebih kurang sebaya Uwais anak buah saya. Mungkin 5 tahun, mungkin 6 tahun. Entahlah, tak tergamak nak tanya.
Kalaulah yang pergi itu kakak saya, meninggalkan anaknya yang dua orang itu, saya tak sanggup.
Tak dapat bayangkan bagaimana anak kecil dua orang yang riang itu kehilangan ibunya yang selalu tersenyum dan baik kepada semua orang.
Kasihan Busyro.Sunyinya Busyro tanpa ibunya.
Sejujurnya tak satu pun kenalan saya membesar tanpa ibu jadi saya tak tahu bagaimana Busyro menghadapi hidupnya tanpa watak besar di sisi.
Waktu ibuabah tinggalkan saya di kampung pun saya ada maklong, mama & ibu Leha untuk guide saya bagaimana menjadi perempuan.
Tapi kalau saya jadi Busyro, saya tak mahu dipandang kasihan kerana tak ada ibu.
Saya mahu semua orang sayang saya kerana diri saya yang sebenarnya.
Saya akan berusaha jadi anak yang baik dan penuh pengertian terhadap pengorbanan ayah saya.
Well meletakkan diri sebagai Busyro menjadikan saya lebih bersyukur masih mempunyai ibu sampai ke hari ini. Walaupun selalu masam muka dan teruji demgan sikap parent, sekurang2nya they are still here & there untuk menghabihkan duit saya dan mengisi hidup ini dengan berbagai kerenah yang ada.
Thank you, Iqbal, Thank you, Busyro.
Ujian kau bukan untuk kau seorang Iqbal.. I am searching so much light to guide me to be a better daughter for my parent, and peeking into your life has made me reflected on something today.

0 komen best:
Post a Comment