1. Promotion
Ashikin promoted!
Tapi sebenarnya Ashikin taktaulah kenapa di promot sebabnya rasanya beban kerja dan amanah yang selama ni dipikul sama je..
Ke akan datang lebih lagi?
Allahu a'lam.
Nervous sebenarnya, terasa lebih gementar berbanding happy.
Mungkin sebab bukan minta tapi diberi.
Sayu pun ada..
Semoga saya menjadi manusia yang lebih Amanah & berintegriti lagi pada masa sekarang dan akan datang
2. Penunggang Agama
Sekarang tengah sibuk isu 'agamawan' kahwin lebih
Kahwin lebih dari satu tak salah tapi cara ia disensasikan memang nampak buruk dan salah
Tergamak pakai nama nabi bila nak buat salah, tergamak kau.
Allahu.
Kita kena marah kalau benda tak menepati syarak.
Dan kita kena muhasabah, jangan lupa kita juga akan diuji, mungkin dengan dosa yang sama bila kita keji pendosa.
Kita kena benci dosa, bukan pendosa.
3. Stress kerja
Stress kerja saya bertambah-tambah kebelakangan ini.
Mungkin juga sebab saya telah mengurangkan aktiviti outdoor termasuklah berenang dan mendaki.
Argh.
Allah, bantulah saya menghadapi mehnah hidup ini.
Wednesday, December 04, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment