Untuk lelaki budiman yang saya suka,
Maafkan saya.
Saya tak tahu bagaimanakah seharusnya saya menjadi, agar mudah menjadi suri di hati kamu.
Yang saya tahu, saya harus menjadi diri sendiri, kerana lelaki sederhana yang saya cari akan menyukai saya seadanya
Maafkan saya kerana berani meminta hati kamu. Walaupun saya tak pasti sama ada kamu ada orang lain yang kamu sukai.
Kamulah satu-satunya orang yang membuat saya berani bercakap soal hati, sedangkan segala lelaki yang ada sebelum ini, tak kira betapa eloknya, ditolak mentah hati saya.
Sekarang saya sukakan kamu. Lelaki yang sederhana.
Hati saya terasa galau, sekiranya kita tak saling memiliki.
Kesakitan masa lampau, masih terasa pedihnya, sungguhpun saya mula berani membuka hati setelah kamu ada.
Terima kasih, sekurang-kurangnya, kerana kamu ada.
Mungkin atau tidak bahawa kamuah lelaki yang saban tahun dinantikan, hanya Allah Rabbul Izatilah yang akan memberikan jawapan.
Monday, June 24, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment