Monday, June 20, 2016

All the tears

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 20, 2016

Menangis,
Menangis,
Dan menangis.

Semasa kecil dan masih bayi, menangis adalah hal pertama yang dilakukan, kerana itu sajalah yang kita tahu agar kemahuan kita dimengerti. Sakit, lapar, ingin perhatian. Tangisan kita kuat agar dengan segeranya keperluan kita terpenuhi.

Semasa sudah pandai bercakap, menangis tidak lagi menjadi bahasa komunikasi. Kita disuruh pula jangan menangis.. dan belajar menyatakan permintaan- sungguhpun selalunya permintaan tak terpenuhi, atau dimarahi kerana menyatakannya.

Setelah dewasa, kita mula belajar menangis sendirian, atas segala kepayahan yang tidak dikongsi. Kita mula menangis diam-diam, dalam tafakur, di pembaringan, di layar penulisan- kerana mengekspresikannya terasa menjelakkan.

Kadang kita lupa. Mata kita juga mampu senyummm

-Sincerely me who is losing it on 20th June 2016

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea