Harini saya menonton cerita Valkyrie, Kisah plot pemberontakan menjatuhkan Hitler dengan menggunakan command yang dicipta pemerintah sekiranya Hitler mati.
Basically Valkyrie bermaksud "chooser of the slain", yang memilih siapa patut hidup dan mayi dalam pertempuran. tapi Valkyrie Operation bermaksud 'pelan operasi kerajaan pada masa darurat yang dikeluarkan oleh kerajaan Jerman ketika Perang Dunia Ke II, arahan yang dikeluarkan kepada Tentera Simpanan Daerah untuk dilaksanakan sekiranya berlaku gangguan dalam turutan umum kerajaan'.
Dalam cerita ni, protagonis berusaha mengumpulkan orang kepercayaan, ada beberapa cubaan membunuh Hitler, kemudian menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan false alarm dan menggunakan prinsip kerajaan yang ada untuk berpaling tadah, cuba melepaskan kawasan jajahan dari diktator, ingin membebaskan kampung halaman sendiri dan ingin berkuasa.
Saya ingin menyarankan kita semua menggunakan strategi ini kepada pemerintah sekarang nan diktator dan menyakitkan hati rakyat.

0 komen best:
Post a Comment