Sesungguhnya, aku tak mampu berhutang.......
Sejak muda, saya kurang gemar berhutang. Kalau adapun, akan cepat berusaha nak bayar.. semakin meningkat dewasa, saya berusaha belajar. Di peringkat universiti, saya memohon izin ibu abah untuk menanggung pengajian saya tanpa saya berhutang.
Baru-baru ini, saya memohon pinjaman bank untuk membeli kereta. Allah izin, kereta yang saya mahukan dihentikan pengeluarannya - menyebabkan down payment asal atau rebate yang ditawarkan pada awal tawar menawar tidak mampu saya bayar.
Saya tidak mahu mengambil risiko meminjam- biarlah saya berdikit2 mengumpul wang.
Memikirkan tentang kepada siapa saya ingin meminjam membuat hati terasa sempit.. saya tak mahu hubungan kekeluargaan menjadi rapuh, atau kawan melihat saya sebagai orang suka meminjam.
Biarlah hidup susah sikit tapi jiwa lapang, hidup ini pinjaman Allah tapi kita sikitpun tak rasa sempit, kan? kerana cinta Allah itu sifatnya melapangkan, mewah hidup dengan rahmat Allah.

0 komen best:
Post a Comment