Thursday, October 17, 2013

Only if

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 17, 2013
Saya baru sahaja pulang dar menghantar pelajar trip pertama ke Mesir, untuk tahun ini, Alhamdulillah. Setelah lama persoalan demi persoalan, dan ujian dalam jeda masa yang agak dinamik ini berlangsung, akhirnya Allah memberikan jawapan. Namun jawapan kehidupan ini tidak sama bagi setiap yang terlibat.

Dalam tempoh menjadi sekretariat MM yang sudah masuk sembilan bulan ini, saya banyak berinteraksi dengan ibubapa, memberikan pendapat, konsultansi dan menerima aduan, dan reaksi yang pelbagai. Secara tak langsung, bekerja seperti ini menjadikan saya lebih fleksibel dan lapang dada, bijak menapis reaksi orang agar ia tidak menjadi masalah buat diri saya.

Apa yang banyak membantu saya menghadapi situasi rumit dan kemarahan orang ialah dengan empati. Meletakkan diri dalam situasi orang lain; "kalau aku jadi dia, aku pun probably buat benda yang sama. Even worst."

Berada di service sector, hati kena bersih, jiwa kena kuat; sebab kadang-kadang orang fikir dia telah memberikan banyak duit kepada orang lain hanya untuk dimarahi dan memuaskan hatinya.

Melihatkan adik-adik ini, teringat pada diri saya yang pada umur yang sama masih keliru dengan apa yang saya pilih. Semoga Allah memandu jiwa-jiwa adik-adik yang berpotensi besar ini, untuk menjadi bunga agama, yang mekarnya, harum sampai syurga!

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea