Monday, July 09, 2012

Single first step

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 09, 2012
Rasa happy bila dapat latih baby berjalan kemudian dapat tengok sendiri setiap langkah pertamanya.. Aww, sweetnya!

Setiap bayi itu mempunyai kemampuan berbeza dan tumbesaran yang berbeza. Sayapun tak adalah banyak ilmu sangat nak huraikan kenapa dan apa trait yang membezakan ciri tumbesaran bayi, tapi, yang saya tahu, setiap manusia itu unik dan berbeza. Sebabnya itulah tanda-tanda kebesaran Allah :)

Dulu saya ingat, kalau dah satu tahun masih tak bercakap atau tak berjalan maksudnya baby tu ada masalah.. tapi sebenarnya memang ada baby yang lambat sedikit berbanding baby lain. Sebab setiap orang itu mempunyai kemampuan berbeza. Jadi jangan terlalu risau bila anak bercakap atau berjalan lambat, cuma seorang ibu mesti menyokong si anak..

Untuk kanak-kanak yang dah 3 tahun ke atas, seorang ibu boleh melatihnya untuk tak pakai pampers dan buang air di tandas.. ada cara lain yang lebih baik, iaitu biar kanak-kanak tu sendiri yang dah sedia untuk buang air sendiri dan tak pakai pampers. Begitu juga dengan memisahkan kanak-kanak dari botol susu, setiap kanak-kanak mesti diajar step-by-step atau memotivasikannya untuk meninggalkan sendiri botol susu.

Untuk mengelakkan kanak-kanak dari kebahayaan sebab suka menyelongkar (contohnya barang dapur), jangan terus merampas sesuatu atau menghalang anak tu, sebaliknya, boleh ajar dia dengan mengambil sesuatu (garfu, contohnya) kemudian letakkan pada tangannya, dengan memberitahu dia bahawa tempat itu bahaya sebab ada benda tajam.

Biasanya, kanak-kanak memang susah sangat nak makan sayur. Mereka akan membuang sayur dan menolaknya ke tepi. Bayi-bayi ini, bila sudah besar akan menyebabkan luka lambat sembuh dan kulit tidak sihat. Ia juga menyebabkan masalah sistem perut. Untuk ajar kanak-kanak makan sayur pula, seorang ibu digalakkan menyuap anak sayur pada waktu makan sambil memberitahu kebaikan makan sayur. Mungkin juga boleh pelbagaikan masakan sayur. Kalau masak kailan ikan masin hari-hari, sayapun tk suka makan kailan! T_T Well, kids needs motivation!

Ibu saya babysitter..jadi saya tahula juga serba sedikit tentang baby.. Harap-harap tulisan ini bermanfaat untuk semua ibu dan bakal ibu, dan akan dibaca semula bila saya dah ada anak nanti..

6 komen best:

Mu'izzuddin Mohd Zuhali said...

tahniah! bile konvo?

norashikin rahmat said...

wah.. komennya buat saya baca balik post ni. saya belum walimahla, muizzudin..cuma bercerita tentang aktiviti waktu cuti. konvonya tahun depan, insyaAllah. Awak dah grad kan?

Mu'izzuddin Mohd Zuhali said...

yer,tepat sekali! dah grad 2011 hr tu. =)
bile hbs study?

norashikin rahmat said...

konvo dgn habis study, samalah tu, tahun depan, 2013. sekarang dh kerja ke? kat mana?

mu'izzuddin said...

kerja dah. guru bhs arab di ampang. skrg wat per?

Selamat berpuasa. Ramadhan kareem.

norashikin rahmat said...

selamat berpuasa jugak, Ustaz Mu'iz!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea