Kelas seaport sudah berakhir. Kalau kita hanya belajar tentang seaport hanya sebab nak sit exam, seaport telah berakhir. Kalau kita belajar sebab nak cari redha Allah, Allah kekal selamanya. Seriusly, the most feveret class sem ni adalah kelas seaport management.
Risiko kepada keselamatan port ada banyak, salah satunya corruption.
Masa class tadi, tetiba terlintas, "patutlah Siti Khadijah jatuh hati pada Rasulullah, kerana amanahnya". Ketahuilah, kerja dalam industri perdagangan adalah hal yang sangat amat terlalu under pressure. Dalam bidang ni, tanpa keimanan yang kukuh dan taqwa dalam diri, semuanya akan memilih untuk corrupt dan memandang dunia sebagai eternity. Antara isu yang dibincangkan selain corruption ialah penyeludupan, bawa aweks naik kapal dan lain-lain lagi. Banyak sebenarnya dugaan kalau hidup tanpa iman ni.. sedangkan kita yang terhimpit dengan kesibukan pun kadang-kadang boleh terperangkap dengan rasa sunyi, apatah lagi orang-orang yang berbulan-bulan atas kapal, yang inginkan hiburan dan teringin mengisi diri dan masa dengan sesuatu yang sangat menghiburkan. Untuk mengisi nafsu 'haiyawanat..'.
Dalam buat project-project dan kerja-kerja dalam kampus, saya banyak memegang position sebagai pengarah, timbalan pengarah dan setiausaha. Kalau jadi biro-biro biasa, itu dulu, masa sem 2-3. Di hadapan mata saya, red handedly, kawan yang saya biasa berjalan dengannya, makan bersama, buat assignment together, corrupt dalam project. Come on, ini conflict jiwa dalam menegakkan kebenaran antara hitam dan putih. Bila saya majukan isu ini ke depan, senior atasan kata, "Shikin, corruption happen everywhere. We cannot control it, we only can minimize the risks of it".
Dan, saya macam tersentak.
Rupanya saya tak pernah terjaga dari mimpi.
Saya berada dalam keadaan "masuk toilet yang berbau sangat busuk". Maksud saya, biasanya, bila kita masuk toilet, kita terbau busuknya toilet itu. Tapi, selepas beberapa minit, kita tak lagi rasa yang toilet tu busuk, sebab deria kita dah terbiasa dengan bau busuk tu.
Rupanya, kawan-kawan saya dah menerima corruption tu sebagai satu cara hidup. Sudah mula 'pandai-pandai'.
Saya seorang. Tapi saya tidak berseorangan.
Ada satu soalan dalam tamrin; "macammana kita nak buat bila kita diberi tanggungjawab dalam sistem?"
dan jawapannya, "melakukannya sekadar melepaskan diri daripada tanggungjawab".
Hanya keimanan dapat menjaga kita daripada terus terbelenggu dengan semua ini. Suatu hari nanti, jika Allah menentukan saya terdorong melakukan kejahatan yang sama (na'uzubillahi min zalik), saya mohon agar ada sahabat-sahabat yang menarik saya kembali ke right track.
Ada seseorang selalu berkata pada saya, "dalam dunia ni tak semua orang baik".

1 komen best:
Bila terlalu berleluasa, apa pun akan rasa biasa.
Post a Comment