Thursday, March 10, 2011

Gadis kecil berjiwa besar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 10, 2011
Orang selalu kata saya kecil. Tulisan saya pun kecil je. Abah selalu marah (sebab abah rabun dan susah baca tulisan kecil saya). Ibu pun sama. Ibu kata lebih mudah baca tulisan saya masa sekolah rendah dulu. Saya sendiri tak simpan tulisan saya masa sekolah rendah, tapi saya tahu ibu ada menyimpan sebuah buku yang saya tulis semasa darjah tiga. Nota catatan doa yang saya pelajari masa bersekolah di Johor dulu.

Sekarang saya dah besar. Tapi masih kecil. saya selalu perasan yang saya ni tinggi dan berkasut saiz 6. Hari-hari saya minum susu sejak selsema haritu--selepas tiga hari, alhamdulillah, selsema saya beransur hilang dan sekarang dah sembuh.

Tapi jiwa saya besar, percayalah.

Jiwa saya bukanlah besar untuk diisi dengan keinginan-keinginan yang tak mampu dicapai, tetapi saya ingin mencapai sesuatu yang saya mampu. Sesungguhnya mencipta cita-cita itu juga sunnah, sepertimana nabi kita memandang optimis tentang penaklukan Constantinople. Hanya orang optimis mampu bercita-cita (bukan berangan-angan kosong sambil membuai kaki).

Optimis kan sifat orang Islam.. :D

p/s: tak mampu nak sampaikan apa yang saya nak tulis yang sebenar-benarnya. Dah siap selesai semua nanti baru nak cerita..

5 komen best:

aal said...

semoga berjaya!

norashikin rahmat said...

jazakillahukhaior, shafiyah.. mohon doa sahabat2 yang dikasihi..

NUR FARIZA UMAIRA said...

syikin, akak nak pinjam jiwa awak yang besar tu..

norashikin rahmat said...

hehe.. kak fariza ni ada-ada je.. kalau kak fariza nak pinjam jiwa ikin, takde masalah.. tapi jiwa ni pun ikin pinjam.. kena tanya kat pemilik asal.. hehe..

IZAHAR™ AZIZAN said...

Good Luck ^_^

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea