Tuesday, December 23, 2008

aku..langkah satu tapak..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 23, 2008

Sesiapa yang benar-benar kenal aku pasti tahu kesukaan aku.

Aku suka menulis sajak. Entahlah sebab apa, aku tak pasti kalau itu satu faktor genetik atau apa sebabnya ayah ibuku tak ada yang berbakat berpuisi sepatah haram sekalipun. Abang kakakku juga begitu-tidak ada yang begitu rajin menulis hal2 yang sepelik ini seperti aku. Mungkin ianya timbul dari kesukaan aku yang suka membaca novel-novel sastera suatu masa dulu. Tapi sejak memasuki alam matrikulasi, kepekaanku terhadap bahasa sudah kurang, malah selalu sengaja menggunakan struktur ayat yang salah. Mungkin sebab bidang yang aku ambil sekarang memberi kesan-haha. Tempoh hari aku ambil ujian inventori minat yang bakal memberi kod kerjaya yang sesuai untuk aku. Kalau dulu semasa sekolah kodnya adalah S.I.A, tapi pada hari itu telah bertukar menjadi S.C.A sehingga kaunselor-Puan Sariah- menyuruh aku berlatih sendiri untuk menstabilkan gabungan kod itu supaya menjadi S.E.C. Kiranya aku tidak boleh@mesti mengurangkan aktivitiku dalam hal-hal kesenian atau sebaliknya aku akan menjadi seorang ahli perniagaan yang suka menyanyi semasa bekerja-haha. Aku bukanlah orang yang sentiasa serius. Melainkan kalau berada di tempat yang salah.

Sajak ini adalah sajak yang pertama aku tulis di MRSM Serting. Pada 5 Mei, waktu Zuhur. Aku tak pasti kenapa aku catatkan waktunya dan tulisnya. Tapi seninya sajak atas maksudnya...kan?

Langkah satu tapak

Jauh jalanku

Dalam kembaraku tidak lelah

Hitam aku pijak

Putih aku kutip

Serombongan warna lekat pada jiwa

Demi langkahku satu tapak,

Aku merangkak dulu.

Lalu berdiri kemudian jatuh.

Lalu berdiri kemudian jalan tapi jatuh.

Lalu menangis luka berdarah.

Takut juga pada langkah satu tapakku.

Sebab ada tangan memimpin, sekarang aku berlari.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea