Friday, September 18, 2026
Kehidupan selepas kamu
Tuesday, September 01, 2026
Untuk anak ibu yang sangat ibu cintai
Pada hari pertama ibu bekerja setelah 4 bulan melahirkan kamu, ibu menangis dengan sangat teruk.
Berpisah dari anak adalah the worst feeling ever.
Sejak ada kamu, apa saja yang ibu lihat mengingatkan segalanya pada kamu.
Bila tengok hal yang baik dan elok, ibu berdoa dan berharap kebaikan itu diwarisi kamu, Nawwar. Dan kamu belajar melakukannya sehingga ia menjadi malaqah dalam hidupmu.
Bila ibu lihat hal yang tak baik berlaku, ibu berdoa Allah jaga kamu, bantu kamu dalam menghadapi kesulitan memahami hidup ini dan menjauhi larangan Allah, mempelajari sempadan² yang patut diketahui dalam hidup.
Ibu ayah mungkin tak dapat menjadi contoh terbaik untuk kamu. Tapi ibu berdoa Allah lindungi kamu dari mewarisi sifat kami yang tak elok.
Belajarlah menjadi kuat, anakku. Belajarlah menjadi hamba Allah. Semog ibu pandai mengenalkan kamu dengan Allah.. dan RasulNya yang kita mesti sayang dan cinta.
Ibu ada banyak harapan dan doa untuk kamu. Berdoalah agar ibu mampu menjadi ibu yang layak untuk kamu, anakku.
Semoga dengan menjadi ibu, ibu akan jadi manusia yang lebih baik yang Allah redha setiap hari.
Wednesday, August 12, 2026
Kesan gajet dan sosial media
Aku xtahulah ramai orang sedar ke tak benda ni.. tapi social media ni semakin banyak beri kesan yang negatif pada otak kita.
Dulu dunia kita senyap. Kita hanya dengar lagu bila kita buka radio, atau hanya bila kita tune in kat youtube atau aplikasi yg ada lagu je. Sekarang, bukan insta/fb story je, post biasa² pun ada kena letak lagu latar. Rasa macam.... tenang ke hidup kalau banyak sangat bunyi?
Dulu kita tgk video/movie 2 jam tanpa skip. Tapi kehadiran short reels yg addictive membuatkan attention span semakin pendek dan kita menjadi semakin tak sabar. Generasi anak² kita macam dah tak mampu nak tgk movie satu jam untuk dia faham jalan cerita. Dalam kehidupan sebenar pun mereka makin tak sabar dan mudah marah.
Pernah dulu jumpa jurulatih sukan berbangsa cina dalam flight dari Penang ke KL.. kami berbual tentang screen time effects kepada atlet. Kanak² yang dilatihnya dilarang sama sekali main gadget.. kalau yang tak disiplin n tercemar dgn gajet/phone, fokus latihannya memang lari habis n memakan masa sangat lama untuk berlatih semula n kembali fokus. Kekuatan fizikal pun menurun, sebab jari jemari dan otot badan kurang bergerak semasa melayani skrin.
Baru2 ni masa check up anak 4 bulan pun doktor pakar pediatrik tu ada sebut.. kanak² sekarang yang terdedah kepada skrin dan gajet, bentuk matanya elongated (membujur), dan seawal usia 5-7 tahun dah ada masalah penglihatan. Informasi internet pun ada sebut pasal perkembangan otak yang tak cantik berkaitan dengan pendedahan gajet terlalu awal.
Mungkin, kembali kepada fitrah dan hidup secara alami adalah jawapan kepada jiwa anak² untuk kembali membesar secara normal. Susah juga sebenarnya sebab kita kerja pu dengan telefon melekat di tangan, kesian baby tgk maknye asik tenung fon.
Ampunkan kami Ya Allah..
Sunday, August 09, 2026
Apa yang lebih sukar daripada melahirkan
Suami pernah bertanya.. "what is the best thing ever happened to you (to me)?"
Masatu masih baru kenal so saya jawab.. macam belum terjadi. Mungkin pernah berlaku, tapi mungkin dah berlalu.
Bila dah ada anak, saya suka perasaan dapat memeluk anak, terutama waktu dia sukar nak tidur, dan tertidur bila terasa nyamannya pelukan ibu.
Semasa mengandung saya ada gdm (gestational diabetes mellitus), dan di akhir pregnancy doktor suruh serah diri awal seminggu yang kemudiannya diberi ubat untuk induce, kesemua 3 method induce dah rasa untuk anak pertama. 9 jam menahan sakit induce (bukan sakit normal nak terberanak tapi sakit sebab ubat), saya surrender, minta czer sebab air ketiban dah dipecahkan dan tenaga dah takde. Selepas 45 minit, lahirlah seorang Nawwar yang dikasihi sepenuh hati kami suami isteri
Kalau orang tanya apakah yang paling sukar dalam hidup ni sekarang.. bukan mengandung, bukan melahirkan, tapi berpisah daripada anak untuk bekerja pergi pagi balik dah hampir malam.
Seminggu sebelum mula bekerja, entah berapa kali setiap hari ibu Nawwar menangis mengenangkan Nawwar ditinggalkan pada umur yang sangat kecil untuk mengerti bahawa ibunya harus pergi bekerja setiap hari.
Sejak menjadi ibu, ada satu perasaan pedih, jauh di sudut hati, yang tak dapat dirungkai.
Mempunyai anak dan meninggalkannya, adalah mungkin satu level tertinggi dalam pelajaran tawakkal. Kalau dulu saya tersedar bahawa bersyukur bukanlah hal yang mudah, maka hari ini, Tawakkal tu macam benda yang baru jumpa, meninggalkan anak dalam jagaan Allah semata².
Rasanya Nawwar lebih banyak tawakkalnya berbanding ibu.


