Wednesday, May 10, 2023

Mencintai setulusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 10, 2023 0 komen best


 Bila kita jatuh cinta pada seseorang,

Degan sebenar-benar cinta,

meskipun kita mungkin tak dapat memiliki dia,

tapi hati kita mulai mendoakan segala kebaikan untuknya,

berharap dia akan selalu berada dalam kebaikan,

mendapat segala yang terbaik untuk hidupnya,

dikelilingi orang baik,

dan masuk syurga tanpa hisab.


Nobody could ever take care of that person except Allah.

Love will find its way, will it?

Tuesday, May 02, 2023

Kebahagiaan di Aidilfitri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 02, 2023 0 komen best

 Oklah to be honest tahun ni bukanlah tahun terbaik untuk aku cerita tentang Ramadan, semua part aku tuang.

Tapi aku membaik tatkala syawal.

Mula luangkan masa baca Qur'an, terutamanya.

Aku rasa kalau aku baca Qur'an aku baik je. Kalau xbaca tu memang galau. Mood pun macam setan.

So tahun ni adalah tahun yang aku paling tekun berusaha nak jumpa makcik pakcik aku.

Auntie Esah, Iburai, Auntie Khaty, Pakbusu Makbusu, Pakngah Makngah, Mak Andak, Cicik Cikman.

Yang takdapat cuma Mama Kamal. Yang lain2 sebelah ibu memang dah lama benar xjumpa sebab hal2 orangtua yang kita malas nak campur.

Syukur tahun ni xdelah ibu abah aku buat drama raya yang terlalu melampau sampai menjejaskan mood raya semua orang. Syukur yang teramat sangat.

Hariraya pertama kami raya kat Nilai & tunggu kedatangan tetamu.

Hari Raya kedua dan seterusnya berjela ziarah raya, sampai terkandas dalam jem Tangkak ke Nilai 5 jam.

Serik? TAK. Happy je ada lah.

Hari Raya ke 8 repeat lagi open house. Itupun ada juga yang komen aku tak jemput.

Aku single lagi.. sepatutnya orang single lah yang lagi laju berziarah berbanding orang kahwin. Cumanya awkward sikitlah kalau nak banding dgn org dah kahwin berziarah. Aku ni karang balik2 orang tanye bila nak kahwin, itu jelah.

Aku bahagia dapat berziarah, dan merapatkan silaturrahim.

Semoga Allah menerima amal2 kita, dan semoga kembalinya kita kepada fitrah, dapat mengajar kita membesarkan Allah dalam hati kita.

Tuesday, April 04, 2023

Yang terbawa pergi.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 04, 2023 0 komen best

 Lama aku hiatus bab urusan cari jodoh ni.

Macam² hal jadi, bff kahwin, hal parent yg xpernah selesai, tak jadi kahwin dan lain² lagi.

Yang masih hidup dalam kenangan, adalah bayangan² masa lalu yang tak pernah gagal melalui benak aku setiap hari.

Of course, this speed dating phase is somewhat intriguing.

Kau bermain dgn masa dan privasi. Soalan paling common dari stranger yg baru nak kenal kau ialah kerja apa, latarbelakang keluarga, dan kenapa tak kahwin lagi.

Dalam menjawab banyak² soalan manusia ni, aku sedar yang sakit luka yang aku pendam ni sebenarnya tidaklah begitu 'brief'. Kadang aku elak nak jawab soalan kenapa aku masih single. 

Soalan tu susah. Dan setakat kau aku baru kenal seminit dua aku tak rasa kau deserve nak tahu kenapa aku single lagi. 

Relaks lah. 

Dah memang takdirnye aku single at this moment.

Cinta itu hanyalah untuk pemberani yang sudi segalanya.

Bukan untuk orang yang jenis kecut perut mcm aku...

Friday, March 10, 2023

Apa eh

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 10, 2023 0 komen best

 Harini 10 Mac. 

Alhamdulillah.

Sepupu kami yang sulung satu²nya selamat bernikah dengan pilihan hatinya setelah bertahun² suka, bercinta, gaduh baik gaduh baik dan drama takdir yg amat panjang.

Bercampur² perasaan dalam hati ni.

Bahagia sebab akhirnya lafaz sakinah termeterai antara mereka.

Sayu sebab all along dialah peneman hati dalam banyak situasi. Pendengar bila aku ada banyak masalah dengan family. Give and take tukar² pandangan tentang masalah masing².

Sedih sebab tokmak, tok dia n arwah abah dia dah xada untuk menyaksikan hari yang amat indah harini. Aku slalu pikir, ni kalau abah dia ada lagi mesti dah kene parang dah mamat niii

Dan ada satu perasaan lain yang aku xtahu nak describe cemana..dia mcm sedih ko nak nangis tapi entah. Rasa macam kalau kau kaca kau dah berderai pecah. Xtahu la ea kenapa aku ada rasa remuk mcmtu.. mungkin sbb kat majlis tadi aku jumpa sedara yg aku rapat tapi kitorang x macam dulu dah sebab wife dia jeleskan aku so aku jaga jarak. Haa cemtulah. Xtahu, aku xtahu.

Sakit hati bagai digunting, sakit kepala bagai dibaji.

Aku nak tidur. Aku penat. Penat jiwa.

Dear long awaited better half, please be wait-worthy. You better be!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea