Thursday, December 24, 2015

IIUM Confession Page

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 24, 2015 0 komen best

Dalam setahun ni antara benda baru yang trending adalah comfession page universiti awam Malaysia. Paling fofular yang saye baca adalah IIUM confession page.

Kadang aku tak paham apela yang sebenarnya budak uni ni nak sampaikan. Masalah kecik jadi kepoh sampai nak cerita rumate pengotor kat page umum. Masalah kawan suka mengata diri yang gemuk. Masalah stress tak boleh hidup dengan bukan course pilihan hati.

Benda kecik boleh settle lah. Hadap je... dan jadilah org yang kuat jiwa. Belajar, kerja, tak susah pun sebenarnya. Yang susah ialah nak nurture diri, ajar diri menjadi rajin, melawan segala rasa malas, dan meyakini hasil akhir: the scrolls.

You can get close friend's support, things I did when i was in uni.

Dan, adapt lah!

Friday, December 18, 2015

Frust.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 18, 2015 0 komen best

I have never been frustrated like this..

Its really hard to correct stupidity, you cannot fix 'em!

Wednesday, December 16, 2015

Lunch with Abah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 16, 2015 0 komen best

3 tahun bekerja, hari ini hari pertama saya  mengajak abah lunch bersama.

Sejak bekerja di Shah Alam, saya tak pernah lagi bercakap hati ke hati dengan abah, which is what I missed most. Saya selalu berborak dgn abah waktu abah hantar saya pergi kerja dulu.. di Serdang.

Sejujurnya saya rasa pressured dengan persekitaran saya kebelakangan ini. Dan, Dapat melihat wajah abah terasa sejuk je di hati ini...

Abah adalah lelaki biasa yang hanya tahu makan benda benda biasa. Belanja abah lunch pun makan nasi, sayur labu, telur asin, ikan kembung asam. Abah tak minta pun belanja makan mahal..

Well I actually really wanted to ask how could abah always smile and only shows us smiling face... thats what breaks my heart the most. :'(

Abah pernah cakap, kalau hati kita berat, stress,... kena bagi sedekah, kena minta maaf kat mak ayah, kena minta ampun kat Allah.. kadang-kadang ada benda tak selesai yang buat hati kita rasa sempit je.

Thanks, abah.
I feel relieved now. ♡

Thursday, December 03, 2015

Makcik Ubaidah solehah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 03, 2015 0 komen best

Malam ini saya dating dengan makcik Ubaidah.

Beza sembang dengan makcik ubaidah dengan makcik lain ialah; setiap perbualan dengannya akan mengubah satu demi satu perkara kecil dalam diri saya. Hati saya. Cakap dengan makcik membuat diri ini cair habis.

she speak to the heart.

Makcik adalah seorang pendidik di universiti. seperti Ummi Norsiah.  Borak punya borak punya borak, makcik tanye; "Shikin rase kan2, penting ke wanita bekerja?"

whoosh. Pompuan kerja macam saye mestilah jawab penting!

"Makcik rase kan.... dengan situasi sekarang ni kin, penting lagi wanita tidak bekerja. Jadi permaisurirumah. Didik generasi. Wanita bila kerja, nak hadap fitnah lagi, jahiliyyah lagi... Banyak mudhorat dari maslahatnya. Biarpun berpendidikan tinggi, duduk rumah didik anak, tak apa.. kita rasa harta dunia mesti dicari, tapi, ni lah harta kita nanti.

Buat apa kin, belajar tinggi2 tapi pahala didik anak semua kita bagi kat orang... orang lain ajar mengaji, adab, akhlak, aqidah.. kenapa ibu tak mengajar qur'an? kenapa kita perlukan banyak sekolah tahfiz?"

Makcik has given some sort of spark to my heart. Dalam perancangan 10, 20, 30 tahun, saya tidak ada langsung perancangan untuk anak. Gedik macam nak anak adelah! wuyai.

(Saya nak 3 orang anak!)

Saye memang pegi keje melawa.. pakai sholl, wedges,.. dah lawa lagilah lawa. ewah. Mungkin sebabtu makcik cakap pasal ni kot.

Tapi, saya rasa saya mungkin bukan golongan bunda duduk rumah kecuali teman hidup saya nanti cukup cemburu dan ego jika isterinya bekerja.

Ya Allah, jadikanlah life partner saya nanti orang yang faham agamaMu! senang nak nego. ;)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea