Monday, May 26, 2014

Chosen

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 26, 2014 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahimm..

Tiba-tiba je saya rasa lega dan happy kerana sesuatu perkara. Tak tahu lah patut atau tak rasa macamni sebab beberapa bulan kebelakangan ni saya rasa sesak, suasana kerja berubah dan rasa terganggu, rasa tak selesa.

Dan saya harap perkara tu berakhir.

Setiap pagi, ada waktunya saya rasa malas untuk bangkit dan bersiap pergi kerja.... sayangnya saya tetap pergi kerja dan menghabiskan masa bersamanya dan tetap balik lebih lewat dari sepatutnya.

Susah macammanapun, saya tetap rasa suka dengan kerja ini.

Untuk kesekian kalinya, saya berfikir lagi untuk melepaskan kerja ini.... Saya tak tahulah sama ada, adakah saya akan tetap gembira bekerja di tempat lain sepertimana sekarang.

Saya selalu merasakan kerja ini yang memilih saya, sepertimana course Logistics memilih saya 5 tahun dahulu. Hidup saya berlangsung seperti itu; sentiasa dipilih tanpa saya membuat pilihan. Mungkin sebab saya tidak memilih.

Bahagianya bekerja tidak mudah didapatkan. Saya akan berusaha menghidupkan hati dalam setiap keadaan.

Berdoalah, doakan saya mendapat kerja yang lebih baik daripada ini, kerja yang bermanfaat untuk ummah, kerja yang tidak merosakkan alam dan norma masyarakat, kerja yang membahagiakan kita di akhirat.

Doakan, agar Allah memilih saya selalu.

Thursday, May 15, 2014

Jangan jadi baik sebab nak kahwin. Jangan kahwin sebab orang lain kahwin.

di tulis oleh Unknown pada Thursday, May 15, 2014 0 komen best

Sebab.

"Kita hidup untuk mencari erti", kata syabab yang amat saya kagumi, Pak Cik Razali Maarof, dalam satu slot pengisiannya semasa Konvensyen Pemuda-hampir dua tahun sudah.

Nota kali ini juga khas untuk diri saya yang sedang menikmati waktu-waktu emas. Pemudi yang paling berpotensi pada umurnya. Jika mungkin saya mengilustrasikan diri saya pada masa ini, terdapat banyak tarikan-tarikan dan ikatan-ikatan yang tidak dapat terungkai: potensi saya diikat dengan banyak benda: kerisauan, kemahuan, keluarga, cita-cita, kerja.

Terasa sayu hidup ini bila orang menjadikan kahwin sebagai satu persoalan besar. Menjadikan kerisauan pula benda yang belum ada.

Saya tidak ingin tua, menjadi tua dengan hidup dalam sistem ini. Sistem yang rosak. Sistem yang menjadikan benda mudah jadi susah. Dan memudah-mudahkan kemudahan dalam Islam. Sistem Jahiliyyah.

Kepekatan, kelikatan sistem ini mampu melarutkan kita yang ingin membentuk dunia yang sejahtera. Kita ingin mendidik diri kita untuk melihat jahiliyyah sebagai satu benda yang menjijikkan, yang ingin dicabut daripada diri kita. Menjadikan iman sebagai malaqah. Mendaging darah.

Untuk meninggalkan kejahatan dalam diri kita ini, kita tidak mampu melakukannya keseorangan.

Keimanan, adalah perkataan yang paling indah dan manis untuk disebut dan didengar selalu. Saya tidak dapat membayangkan kehidupan yang terkeluar atau ditinggalkan orang-orang beriman. Sesungguhnya sangat-sangat tidak mampu.

Bersyukurlah ikin, Allah masih memilihmu untuk memikirkan hal ini lagi sedangkan..dah bergunung dosa.

Jadilah orang baik, sebab Allah redha dengan kebaikan.

Keimanan dan benda baik mungkin bosan didengar.. tetapi ia perlu diulang sekerap-kerapnya agar melekat pada hati.. agar jiwa kita tak terpikat pada iklan jahiliyyah yang diulang sekerap mungkin di sekeliling kita.

Sekian entri yang tak ada kena mengena dengan tajuk.

Wednesday, May 14, 2014

More or less, Be Kind.

di tulis oleh Unknown pada Wednesday, May 14, 2014 0 komen best

Semakin saya dewasa, atau dewasa ini, saya mudah emosi dan menjadi marah. Dewasa tidak menjadikan kita matang. Kadang-kadang sikap bodoh dan keanak anakan kita tidak hilang pada waktu kita sepatutnya matang.

Tak dinafikan, dalam diri kita, remaja dan kanak-kanak yang dulu masih hidup. Dalam diri kita. Diri kita pada masa lalu. Ia tak terhapus, cuma trait kita berubah mengikut persekitaran. Kita mudah terpengaruh.

Di tempat kerja, saya selalu rasa geram dan pissed off dengan seorang pekerja lain yang kerjanya selalu tidak sempurna dan ada waktunya menambahkan kerja saya. Kejadian dan tragedi ini telah membuat saya belajar benda baru: menyumpah orang dalam hati.

Stupid stupid stupid. Dah jadi macam zikir pun ada.

Saya tidak patut membela tabiat cursing ini dalam diri saya. Tuhan tidak memberi kelebihan pada kita untuk menindas orang yang kurang. Allah tak beri kita kepandaian agar kita boleh mengeji yang bodoh. Begitu juga, Allah tak bagi kemudahan kepada kita untuk kita melecehkan kesusahan orang lain.

Berbuat baiklah, dan keluarkan kata-kata yang baik. Kita mungkin menghadapi kesulitan, dan mungkin orang lain diuji kesulitan dengan lebih lagi.

Be kind. For everyone is fighting a hard battle.

Entri kali ini khas untuk saya, Cik Ashikin Rahmat. I am fighting this stupid habit. Oops.

Monday, May 05, 2014

Kekecewaan akan mengubah kita.

di tulis oleh Unknown pada Monday, May 05, 2014 0 komen best
Kekecewaan adalah perasaan yang aneh. Ia dirasai, apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu. Lantaran itu, jiwa kita akan bereaksi terhadapnya.

Kekecewaan bukanlah sesuatu yang buruk sangat. Apa yang penting ialah bagaimana cara kita menghadapi hidup dan menangani, menghadapi apa yang kita tidak suka.

Kesyukuran, adalah ubat bagi perasaan ini.

Count your blessings, kata orang jawa.

Kekecewaan telah banyak mengubah manusia, sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Tu je nak cakap. >_<
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea