Pada awal trend sarcasm meluas, ia dilihat agak menghiburkan. Namun akal pendek kita terkabur dengan kesannya dalam jangka masa panjang.
Budaya sarcasm mampu menghilangkan daya sensitiviti seorang muslim berbahasa. Ia merendahkan maruah orang yang berbicara tatkala dia menyindir orang lain. Ia turut melenyapkan ketinggian budi, keindahan berbahasa dengan yang sepatutnya.
Lebih malang lagi, ia merosakkan dakwah kerana runtuhnya moral dalam pendekatan dan sentuhan dakwah dan memberi fitnah pula, terutamanya dalam penggunaan media sosial.
Budaya ini berada di tahap yang membimbangkan apabila hampir semua isu disarkaskan di ruangan maya ini. Ia menjadikan kita kelihatan hodoh dan tidak berperikemanusiaan.
Saya dengan terus terangnya ingin mengajak diri saya dan saudara saudari meninggalkan perbuatan sarkastik kerana ia mensarkaskan kehidupan yang serius ini menjadi seperti tidak bernilai. Agama tidak mengajar kita menyindir orang yang tidak beragama mahupun pendosa. Perbuatan ini malah menjadikan kita pendosa (naudzubillah) dan lebih ter'aib.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

