- Pertama kali ketika aku melihatnya lemah, padahal seharusnya ia bisa kuat.
- Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongket dihadapan orang yang lumpuh
- Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudah ia memilih yang mudah
- Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri dengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan
- Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar
- Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah buruk padahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia pakai
- Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu yang bermanfaat
Friday, November 30, 2012
Tujuh kali mencela jiwa
Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,
Categories
puisi khalil gibran
Wednesday, November 28, 2012
dear singles
Ini sesungguhnya adalah entri motivasi bagi para gadis, pemudi dan pemuda yang belum berkahwin. Khas. Khusus untukmu :)
Dalam suatu majlis ilmu yang sarat dengan pemuda-pemudi harapan Islam, kami mendekati seorang pakcik yang terkenal dengan jiwanya yang semangat dan penuh hikmah dalam setiap tutur katanya. Beliau lebih mesra disapa 'pakcik', walaupun beliau merupakan seorang saintis muslim yang hebat, insyaAllah.
Katanya; "Anak muda, dalam kebanyakan majlis, suka bertanya pakcik macammana nak jaga hati, soal pernikahan, rumahtangga, ikhtilat, cinta. Anti boleh bayangkan tak; Kaab bin Malik, Abu Bakar As-Siddiq, Bilal bin Rabah, Saidina Ali (in the same mean, para sahabat) tanya kat Rasulullah pasal kahwin, tentang cinta? Para sahabat bertanya hal-hal yang lebih besar.. Macammana syurga itu.. macammana nak jadi ahli syurga.. Para sahabat, rasa excited nak masuk syurga!"~
First point. Mahabbatullah. Dunia akan mengejarmu tatkala kau mengejar akhirat. Cintailah Allah, kepadaNyalah segala urusan diserahkan.
Bukanlah saya nak suruh miss/mr singles untuk berhenti mencari dan menafikan fitrah, tapi berhentilah untuk obses dan stress tentang perkahwinan. The best things of being single is you own the time all to yourself. Jadilah wanita yang mulia since tak ada kemuliaan lain selain kemuliaan Islam. Single is not a reason not to enter Jannah, by the way. Remember Rabi'atul Adawiyah?

Monday, November 26, 2012
Murobbi Cinta I
Sudah lama tak berkongsi dapatan ilmu daripada taman-taman syurga yang berpeluang untuk dihadiri. InsyaAllah, kali ini, kita mengungkai satu tajuk yang indah, seindah perkataannya sendiri, cinta. Tentang cinta. Pada sabtu malam yang lalu, saya berpeluang mendengar sendiri penyampaian daripada Ustaz Hasrizal, seorang penulis yang rendah hati, yang telah saya ikuti penulisannya sejak 2007, yang suka berkongsi tentang kehidupan, dan dalam kebanyakan bahagian penulisannya, saya paling suka tentang tarbiyatul aulad, bagaimana beliau berkomunikasi dengan anak-anaknya.
Pertamanya, panel program, Sir Fadhli Mohd Diah bertanya; "Mengapa persoalan Cinta ini begitu penting untuk dikupas, terutamanya bilamana audiensnya adalah mahasiswa-mahasiswi, para pemuda? kenapa bukan isu Gaza, Falastine, Syria yang sedang hangat sekarang ini?"
Untuk menjawab pertanyaan ini, ustaz berkongsi;
"Dalam kitab yang ditulis oleh Ibnu Khalkan, beliau menulis tentang kecemburuan Nasrani terhadap tamadun Andalus yang unggul, sehingga mengutuskan spy (perisik) untuk meninjau keadaan di Andalus. Suatu hari, si perisik melihat seorang pemuda Andalus menangis di atas sebatang pokok, lalu bertanya; "kenapa kau menangis wahai pemuda?" dan pemuda tersebut menjawab, "Aku ini pemanah. Setiap kali aku memanah, dua ekor burung pasti terkena panahanku. Pada kali ini, aku memanah tetapi panahanku hanya mengena pada seekor burung" (Pemuda ini, sebenarnya sedang menangisi kepudaran kualitinya dalam memanah). Melalui risikan ini orang Nasrani berkeputusan, bahawa waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk menyerang dan menakluk Andalus. Pada suatu tempoh yang lain, si perisik melihat seorang pemuda menangis, lalu dia bertanya sebab tangisan pemuda itu, dan pemuda itu berkata, "aku merasa sedih kerana cinta terhadap kekasih yang tidak kesampaian". Pada waktu ini, Nasrani berkeputusan, "inilah masanya Andalus diserang"."
Andalus diserang, ketika pemudanya sudah kepudaran potensi, dan kualitinya sudah berkurang, disebabkan kecintaannya. Andalus tidak diserang, ketika kualiti pemudanya utuh dan kukuh, unggul sehingga menggerunkan musuh.
Ketika Sepanyol menjuarai perlawanan bola (well saya betul-betul tak tahu juara tahun bila match apa, minta maaf) , coach pasukan ini ditanya apakah rahsia kejayaan Spain dan beliau menjawab, "Saya memastikan setiap ahli pasukan ini mempunyai rasa cinta, mempunyai orang yang disayangi, untuk dijadikan motivasi".
Apa yang dapat diekstrak daripada cerita-cerita ini ialah, cinta tidak dapat dihapuskan, ianya hanya boleh ditukar menjadi sesuatu yang luarbiasa. Cinta, adalah perasaan yang dijadikan Allah dengan mempunyai tujuan (purpose) dalam diri kita sebagai salahsatu tanda kebesaranNya, tanda kasih sayangNya, agar ia menjadi alat (tools) untuk kita hidup mencintaiNya, beriman kepadaNya.
Cinta, adalah sesuatu yang penting kerana potensi yang ada pada cinta dapat melahirkan sesuatu yang luarbiasa. Dan, Cinta juga penting untuk diselamatkan daripada disalahgunakan oleh penjenayah-penjenayah cinta, daripada dirosakkan oleh polis-polis cinta.
Dan Allah menjadikan cinta dengan aturan-aturan dan peraturan-peraturan, yang membantu kita menikmati hidup dengannya.
Sekadar itu saja untuk kali ni. akan bersambung, insyaAllah.

Perempuan dalam hujan II
Malam ini perempuan itu berpeluang berjalan dalam hujan lagi. Dia kesejukan, baru usai berteleku di library peti sejuk sepanjang hari, meluangkan masa dan meneliti tugasan yang ada. Tatkala berjalan dalam hujan, dia berpapasan dengan beberapa orang yang dikenalnya, yang melemparkan senyum dan menghulurkan salam. Hatinya terasa berbunga. Hujan renyai-renyai lewat isya', mengukir rasa bahagia, kerana perempuan itu ditemani nyanyian katak yang meraikan hujan, sebagai tanda rahmah dan kesyukuran. Nyanyian, yang suatu masa dulu, amat digeruni sehingga abangnya terpaksa mendukung kerana sudah terlewat ke kelas mengaji. Tiba-tiba dia terasa lucu lalu tersenyum.
Perempuan itu menikmati kehalusan hujan, yang menemaninya berfikir di sepanjang jalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)