Monday, February 27, 2012

Theres always a reason to fall in love

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 27, 2012 2 komen best
Dah beberapa hari saya kesibukan. Sejak SLC sehinggalah hari ini. Mungkin hari-hari seperti ini akan berterusan selama 300 hari lagi, saya tidak tahu. Kata Dr. Rohafiz, kesibukan ini satu rahmat. Ada sesuatu untuk dibuat. Dia kata, dia dulu seperti saya. Dan dalam riuh rendah hiruk pikuk hidup ini, cinta selalu mengalir dalam sungai hati manusia. Semakin saya sibuk, semakin dalam rasa rindu pda ibu abah. Semakin menghargai masa makan, dan cuba untuk tak membazir.

Assignment beli kapal
Subjek paling menarik semester ini ialah subjek Maritime Management. Untuk subjek ini, pensyarah menggunakan konsep PBL. Kami akan menaiki sebuah cruise ship, dan menulis laporan tentangnya. dan, untuk sepanjang semester ini, kami perlu menyiapkan satu proposal untuk membeli kapal untuk menghantar barang ke negara China. Untuk itu, kami perlu mengkaji produk apakah yang sesuai untuk dihantar ke China, jadi kami perlu mengkaji ekonomi China dan membuat forecasts tentangnya. Kenapa mesti forecasts?~~ sebabnya, kalau awak eksport aircond ke kutub utara, mesti orang cakap awak gila. pfft~

Kelas Bahasa Thailand
Akhirnya, setelah banyak berfikir dan membuat perkiraan, untuk subjek elektif bebas, saya menambah subjek Bahasa Thailand. Kata pensyarahnya, it is a level of the pre of the pre-school. [very-very basic]. Untuk kelas pertama, saya belajar tentang 'khrab' dan 'khaa' yang selalu disebut oleh orang siam di penghujung kata adalah satu adab (politeness). bezanya, 'khrab' digunakan oleh lelaki dan 'khaa' digunakan untuk perempuan. Contohnya, untuk menyatakan 'hello', yang perempuan akan berkata "sawadi-khaa" manakala lelaki akan berkata "sawadi-khrab". Untuk berkata terima kasih pula, lelaki akan berkata "khob-kun-khraab" dan perempuan akan berkata "Khob-kun-khraa"..

InsyaAllah, mudah.

Home is where the heart is
Tadi pensyarah saya berkata tentang 'home'. (bukan house mahupun Dr. House). Katanya, "my home is where my wife is, and another one is my parent's place in Langkawi". Dan, bila saya kata, "my home, is where i stand up, or lay down. I bring it anywhere". Dia kata, "No, thats mean you haven't met your home yet".

Got a point there. I dont have problem with what he said, but, yes, to certain point of view, he is right. 

Tuesday, February 21, 2012

Hari pertama semester kedua tahun ketiga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 21, 2012 1 komen best
Saya kini sudah menjejak ke semester yang kedua untuk tahun yang ketiga, alhamdulillah :)

Sudah semakin ramai kawan.
Kerja semakin banyak.
Tanggungjawab semakin bertambah.
Junior semakin ramai.
Skil dalam usaha untuk diperbaiki.
Semoga iman berada dalam kondisi yang baik, aku insan yang masih belajar.

Untuk semester ini, saya ambil 6 subjek. dan 1 kursus tambahan, iaitu subjek kastam. 6+1=7. Kalau ada aral, mungkin akan drop satu subjek.

1. Human Resource Management, Tang Swee Mei.
2. Research Method, Puan Fazlinda
3. Inventory Management, Dr. Halim
4. Management Science, Encik Hanizan
5. Bahasa Thai (elektif bebas) ~~khap phun kaap~
6. Maritime Management, Mr. Hasif yang cool.

Rasa lain sikit bila dah senior year. Dah mula fikir 'apa lepasni yea..'.. kerja ke, atau belajar lagi?

Kelas-kelas pertama, saya suka rakam falsafah apa yang lecturer kongsi. 

Pertamanya, saya perasan, pensyarah kita jarang buat kita rasa down, bila kita memberi pendapat (walaupun ia agak bodoh untuk didengar). Pendidik. Mereka sentiasa meraikan pendapat dan buat kita rasa 'yay, aku betul!' kemdian membetulkan mana yang salah. 

Keduanya, lanjutan daripada yang pertama, pada tahun ketiga sebagai pelajar universiti, kami telah mencapai tahap tidak ada betul atau salah dalam berbincang, memberi pendapat dan menyelesaikan masalah. Problem Based Learning.

Ketiga, beliau bertanya tentang maksud kematangan. 
Macam-macam jawapan yang kami beri. Of course, its too subjective to be defined. Even dalam tarbiyyah pun ada huraian dan diterangkan apakah kematangan yang sebenarnya, yang dimiliki oleh orang yang melalui proses tarbiyyah. (boleh rujuk blog Cikgu Azmi). Setiap orang memberi jawapan berbeza. Dia suka semua jawapan. Dia hanya menjawab 'good', 'great', 'i like that answer', so on and on. Kemudian dia berkongsi satu falsafah warisan daripada pensyarahnya yang dulu; katanya, "kematangan itu ialah, kamu menemui satu persoalan kemudian kamu keluar mencari jawapan, melalui pelbagai macam perkara untuk mendapatkan jawapan. Daripada jawapan itu, kamu memperoleh dua persoalan yang timbul. Kamu keluar lagi untuk mencari kebenaran, jawapan kepada persoalan-persoalan itu. Ia terjadi secara berulang, sampai kamu berhenti mencari jawapan. Pada waktu itu, kamu boleh dikatakan 'reaching a certain level of wisdom'.

Keempatnya, menjadikan kelemahan itu satu kekuatan.
Kebanyakan orang menggunakan kelemahan sebanyak-banyaknya untuk menjadi alasan. Pensyarah lelaki ini bertanya; "who is the laziest person you may ever seen in your life?". Dan dia meletakkan jari telunjuk nya kepada dirinya sendiri. Katanya, "Because i'm too lazy to delay my job for tomorrow, so I do it by today". Beliau menjadikan kemalasannya sebagai inspirasi supaya tak bertangguh. Bila balik duduk kat katil, sambil fikir semula.. betul jugak apa dia cakap tu..

Semester enam.. masih memegang prinsip motivasi yang sama. Semoga najah dan ilmu yang dapat tak sekadar buih-buih yang berterbangan, atau menjadi pohon kayu yang tak berbuah..

Thursday, February 09, 2012

SLC 2012

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 09, 2012 0 komen best
Harini hari ke-5 SLC. Student Leadership Camp. Masih berbaki 6 hari lagi. Dalam 6 hari ni, paradigma dalam diri terasa berubah-ubah. Disebabkan banyak pergolakan jiwa yang berlaku sepanjang program ni, saya lump-sum je terus dalam satu post ni.

Rasa tak layak
Pelik juga rasanya bila dipilih menjadi presiden kelab. Dahlah perempuan, kecik kenot pulak tu. Lelaki lebih layak memimpin. Mungkin saya lupa, semua ini aturan dan susunan Allah atas kapasiti saya diberi kepercayaan untuk memimpin. Ia menjadi amanah yang.. kalau tak buat berdosalah saya kepada diri

Sistem vs Prinsip
Untuk 4 hari induksi (yang jadualnya amat padat), kami disuap (feeded) dengan pelbagai informasi daripada pemimpin dan individu tertentu. Kadang-kadang, (dan biasanya,) saya selalu tak setuju dengan perbincangan -perbincangan yang ada. Kadang-kadang rasa macam terlalu tertutup pula saya ni, tak menerima pendapat orang lain. Rasa macam sombong nauzubillah.. (to revise, sombong ertinya menolak kebenaran dan meremehkan orang lain). Jadi, untuk memurnikan semula pandangan, saya pernah diajar, bila perlunya bergaul dengan ramai orang dengan pelbagai usul dan pendapat, saya perlu meraikan perbezaan dan tidak sampai meruntuhkan prinsip. Saya masih belajar, dan terus berusaha memahami kerenah manusia dalam perjalanan yang panjang ini.

Merasa betul
Orang yang sentiasa merasa dirinya betul, dia bermasalah dan akan bermasalah dalam kehidupan sosialnya. Dalam hidup kita, memang akan ada waktunya kita jadi susah menerima pendapat orang lain dan sentiasa mahu pendapat kita diterimapakai dan kata-kata kita didengar. Ini akan terjadi terutamanya apabila orang itu adalah orang yang kita tak respect, atau kita pandang rendah padanya kerana dia mungkin tak ada nilai diri (self-value) yang tinggi seperti kita, konon-kononnya. Percayalah, itulah namanya sombong. (Orang sombong tak masuk syurga, tau). Mungkin, siapa tahu, orang itulah yang Allah rahmati dan kasihi, dan mungkin dia lebih baik di sisi Allah. So, jangan mudah tolak kata-kata orang sekalipun awak tak setuju dengan dia. Jaga adab sebagai seorang manusia,, talk politely.


Keputusan dan yuran
Semua orang tahu, saya self-funding. Saya bukan daripada keluarga kaya, cuma atas niat ingin menjauhi hutang maka Allah mudahkan.. (percayalah, Allah sentiasa memakbulkan doa..).. Saya pernah cadangkan kat abah supaya bayar beransur-ansur supaya taklah rasa terbeban, tapi, abah kata, "mana boleh ansur-ansur.. nanti Nora belajar pun sekat-sekat.." ................. peh. Saya memang menyesal dan akan menyesal seumur hidup, terutama bila abah cakap macamtu. Self funding adalah satu motivasi besar buat saya. Motivasi untuk membanggakan abah dan ibu, dan abah tak pernah gagal mengucapkan tahniah untuk saya walaupun result drop sedikit semester lepas.

Rasa macam miracle pun ada. Personally, prestasi jiwa dan pengurusan masa semester lepas teruk gila. (please note, bukan keputusan yang layak dapat dean list pun. Cuma, melebihi sasaran. )

Gaya kepimpinan
Dulu, dalam kelab yang saya warisi, ada satu mamat cina ni sangat berkaliber dalam membuat orang percaya apa yang dia nak capai dan bergerak untuk bekerja seperti yang diarahkan. Sincerely, dia ada karisma and 'powerful'. Kadang-kadang, saya terfikir nak ikut cara dia. But i have my own style, I'm different. I have to develop my own style.

Well.. jadi presiden bukanlah sesuatu yang gah sangat.. ia bererti "kau tanggung semua risiko".

Famous last word
Di atas bahu ini, bertinggung seribu satu keinginan (harapan) dan kecintaan. Jika aku menolak salahsatu, yang satu lagi akan merosakkan aku.

Thursday, January 26, 2012

yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 26, 2012 4 komen best
Manusia itu baharu dan saya juga begitu. Dan kasih sayang, cinta dan iman kita, mesti sentiasa diperbaharukan.

Sahibah fillah
Apa yang paling membahagiakan dalam perjalanan hidup ini ialah ditemukan dengan orang-orang yang hidup dalam tarbiyyah. Mendapat sahabat yang soleh itu lebih berharga daripada apa-apapun. Sebabnya, mereka inilah orang-orangnya yang bila kita lihat wajahnya, dapat mengingatkan kita pada Allah. Tak cukup dengan itu, bila dia berkata-katapun, hanya Allah yang disebutnya. Bila dia bertindak, apa yang diharapkan hanyalah Allah meredhai tindak-tanduk dan keputusannya. Subhanallah, semoga Allah memelihara sahabat-sahabat saya.

Sembang Tarbawi
Baru-baru ini saya menginap beberapa hari di Penang dan di Sungai Petani, memprogramkan diri dan cuba memanfaatkan apa-apa yang termampu (walaupun not to the maximum capacity). Dalam tempoh itu saya dihidangkan dengan sembang tarbawi dan perkongsian yang menyegarkan jiwa. Tentang kebergantungan, tentang bagaimana menghadapi konflik, tentang pemerhatian kepada akhlak.. entahlah, entahlah. Allah je tahu kenapa saya ditetapkan dalam kondisi tinggi-rendah dalam keadaan yang amat sedar. There's no help but Allah, and theres no victory for those who aren't put any effort to move on. Thats what happen to me and I'm learning.

Tanggungjawab
Mulai februari 2012, saya akan mula memikul amanah yang mungkin akan mencuri banyak hak-hak orang lain yang ada pada diri saya. Pada waktu itu, saya harap, anda semua mendoakan kebaikan untuk saya.

Perancangan masa depan
Sekarang, saya berada di trimester terakhir sebelum bergelar graduan first degree dalam bidang yang amat saya banggakan. Ibu, abah, pakcik makcik, tok nenek, pak-mak mendakan, sedara jauh mahupun dekat, kawan-kawan rapat dan juga bakal majikan saya kelak mahu tahu apa yang saya rancangkan dalam masa kurang lima tahun ini.

InsyaAllah, dalam masa 5 tahun ini saya akan bekerja. Kemudian mengambil peluang untuk sambung belajar ke peringkat master. Mungkin akan bertunang atau walimah. Ada sesiapa nak susunkan tak..? *heheh.*

saya pernah terjumpa kata-kata ini; "stop comparing your  life with the character in movies. They were written by scriptwriters, but yours is written by Allah".
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea