Wednesday, December 28, 2011

usaha atau rahmat?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 28, 2011 0 komen best
Suatu waktu.. saya mengadu kepada kakak sahibah tentang kegusaran di hati.. tentang tempoh belajar yang bakal tamat setahun dua lagi. Dan.. rasanya tak banyak yang berlaku dengan kehadiran saya di sini. Tak banyak yang dilakukan. Kadang-kadang terasa sepi sendiri, dengan rasa down dan 'pause' yang teramat lama dan macam-macam lagi yang negatif yang bersarang dalam kepala.

Lalu kakak sahibah yang istimewa ini berkata..
"kita kena check balik diri kita, kin.. kadang-kadang kita ingatkan semua tu berlaku dengan usaha kita.."

Untuk mencerna kata-kata yang sebaris itu, saya memerlukan proses yang panjang.. dah hampir setengah tahun yang lalu sahibah itu mengucapkannya, dan baru pagi ini terpacul maksudnya.

- Untuk capai sesuatu, kita tak boleh hanya bergantung kepada usaha sendiri.. kita kena meletakkan pergantungan pada Allah, supaya, bila kita berjaya, kita bersyukur dan bila kita jatuh, kita sabar.. dan jika kita bergantung pada usaha sendiri je, kita akan menganggap kejayaan tu adalah atas usaha sendiri. "ini semua adalah hasil titik peluh aku. takde aku, takde semua ni"- ia akan menimbulkan riya' pada diri individu. kalau jatuh pula, dengan usaha yang ada akan menyebabkan individu itu berputus asa.

Atas kesedaran kita memerlukan Allah, maka Dialah tujuan dan 'ilah' terutama yang perlu diletakkan di hadapan.

Jadi.. starting from this point, recheck our ilah.. sama ada ilah kita benar-benar adalah Allahu robbi, atau ilah itu adalah sesuka hati kita letakkan di mana-mana sama ada diri sendiri atau ibu bapa kita..

Tuesday, December 27, 2011

tips cari pass-year exam paper

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 27, 2011 0 komen best
Ini adalah tips mencari kertas peperiksaan lepas secara atas talian bagi pelajar UUM.

step 1: google search library UUM, atau klik pada link ini http://cmslib.uum.edu.my/new/
klik gambar untuk tumbesaran memuaskan

step 2: pada webpage PSB, klik pada e-Resources dibawah drop-down menu 'Online Resources'.
click picture to enlarge
Step 3: Paparan baru akan terbuka dengan sendirinya. Pada paparan baru ini, klik pada menu 'Library' dan pada drop-down menu, klik 'In-House Digital Collection'.
click picture for better view

Step 4: dalam paparan "In-House Digital Collection", lihat pada ruang sebelah kiri web. letakkan cursor pada menu 'Question Papers'. Klik pada "Listing by Faculties 2003-Current".

klik pada gambar untuk view yang jelas

Step 5: saya cadangkan cari exam papers yang terbaru, 2009-2010. pastikan anda tahu exam paper anda berada dalam sekolah apa (COB?CAS?COoLGIS)
for best view, click on the picture

semoga membantu.

so lepasni, kalau ada yang tanya.. "kak, akak ada pass year question tak?" atau.. "kak.. macammana nak cari exam papers?" maka saya akan berkata dengan coolnya:  "pi tengok cara nak cari exam paper kat 'norashikinrahmat.blogspot.com'." hehehe~ (^_^)V

Thursday, December 22, 2011

gam UHU pun ada tiruan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 22, 2011 0 komen best
aktiviti kraf kadang-kadang memerlukan kerja tampal-menampal dan tempel menempel.
Untuk membuat kad dengan kemas dan terbaik, gam UHU adalah pilihan yang bijak.

Masalahnya, baru-baru ni saya perasan yang gam UHU pun ada yang tiruan.





Dalam gambar atas ni, gam UHU tiruan ialah yang dah kemik tu *sebab dah guna*. Antara ciri-ciri gam uhu tiruan ialah; lambat melekat, kurang melekit, design penutup berbeza, menggunakan label dengan bahasa yang tak difahami dan susah nak ditanggalkan bila terkena kulit.

Saya perasan sebab penutup UHU tiruan tak tahan, mudah tercabut & berlubang, jadi saya cuba tutup menggunakan penutup UHU yang lama, tapi tak boleh. Bila check balik, rupanya ia bahan tiruan.. *kecewa*. UHU tiruan juga tak mesra pengguna, sebab ia merosakkan permukaan kulit.

Kalau nak tahu mana yang original, dia ada tulis "UHU Made in Germany" macamni:
Klik untuk tumbesaran 
*fake UHU sangat teruk*
So, berhati-hatilah dengan UHU tiruan. Selamat meneliti barang sebelum membeli ye, kawan-kawan.

Wednesday, December 21, 2011

Library

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 21, 2011 0 komen best
Salam.
Hari ni, hari Rabu.
Kalau dulu, hari Rabu selalu menjadi hari yang terbaik buat saya. Sebab pada hari Rabu, banyak perkara baik berlaku pada saya. Mungkin sebab saya lahir pada hari Rabu. Bila masa berlalu, Hari Rabu menjadi hari biasa-biasa, sama je macam hari-hari lain. Atau, dalam masa yang sama, ia sama istimewa, atau saya telah tenggelam dalam kerutinan.

Untuk beberapa semester yang lalu, saya selalu 'melepak' di library. Orang kata, kalau nak jumpa orang yang baik, kena berada di tempat yang baik.. dan memang betul, kebanyakan persahabatan yang dibina di univ bermula di library.

Seronok, bila ada orang ajak belajar sama.

Sayangnya, apa yang berlaku bila semester meningkat dari 3 kepada 4 dan sekarang semester 5, masa yang ada banyak terluang dan terbuang untuk projek dan projek dan projek. Sampai habit untuk 'lepak' kat library hampir terpadam.

So, hari ni, kita mula kembali. Selamat tinggal segala project. :)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea