Saturday, October 29, 2011

reflection.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 29, 2011 0 komen best
Harini travel dari Perlis ke Penang, kemudian ke SP. Simple Plan.

Saya menikmati keindahan pemandangan sepanjang jalan sampai tertidur.

Agaknya, macam nilah yang sebenarnya analogi hidup. Sesiapa yang terlalu asyik, dia akan terlena dibuai keindahan.

Tapi.. sesiapa yang terlalu asyik memerhatikan kepayahan hidup, dia akan terlupa, bahawa di sepanjang jalan hidupnya, dunia terbentang amat luas dan indah.

Sekarang saya sedang begitu asyik memikirkan tentang seorang sahabat yang selalu membuatkan saya rasa tak dipedulikan. Sedangkan dalam hidup ni, dia selalu rasa tak dipedulikan. Jadi saya peduli tentang dia. Mungkin, Allah ingin saya berusaha lebih banyak, atau, saya perlu belajar membuka mata, bahawa saya perlu peduli tentang lebih ramai orang. Saudara2 Palestin, Somalia, dan sesiapa sahaja yang inginkan pertemuan di destinasi sana.

Memang, dada terasa sempit bila lemah iman. Bila kita tak jaga hubungan dengan Allah, segalanya jadi huru-hara..

Bila saya sampai rumah sahabat di Simple Plan hari ini, saya terjumpa kata-kata ini: "kalau hari ini aku tak rancang hidup aku pada masa depan, SISTEM yang ada pada hari ini akan merancang hidup aku pada masa depan".

Sunday, October 23, 2011

10-1=0

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 23, 2011 2 komen best

Ketika kali pertama mengenal tarbiyyah, saya diperkenalkan dengan sepuluh sifat ini. Ia dihurai secara khusus satu demi satu, dimana setiap daripadanya berakar daripada dalil al-Qur'an dan Hadis.

Bilamana dalam hidup saya tidak dapat mencapai salahsatu daripadanya, kehidupan saya terasa sungguh kuchalana..

Sebagai contoh;
saya tak boleh menjadi bermanfaat kepada orang lain tanpa menyusun urusan dengan baik dan menjaga masa serta melawan nafsu. Tidak mungkin saya mencapai akhlak yang mantap tanpa memiliki aqidah yang sejahtera, ibadahyang sohih dan luas pengetahuan.

Kesemua 10 sifat ini saling menampung antara satu sama lain. Tarbiyyah itu suatu hal yang istimewa, mana mungkin saya ingin menyimpannya untuk diri saya seorang sahaja.

Untuk mencapai kesemua 10 sifat ini, kita boleh bermula step-by-step, mendalami peribadi Muwasofat Tarbiyyah satu demi satu. InsyaAllah, Allah bersama dalam setiap langkah ini..

Ketahuilah, teman-temanku, bahawa; Tarbiyyah tidak dapat meberikan segalanya tapi segalanya boleh diperoleh daripada tarbiyyah!

Saturday, October 22, 2011

Lack of Motivation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 22, 2011 0 komen best
Saya kenal 'motivasi' sejak dengar ceramah abang Raja Shamri masa sekolah dulu.

kenapa saya termotivated dengan dia adalah sebab dia kata, 'abang lahir dengan kaki sebelah tapi abang mampu cemerlang. Kamu? kamu ada dua kaki, tak perlu loncat-loncat macam abang'.

motivasi itu berasal dari 'motive' + 'vision'.

So kalau rasa macam hilang arah dalam hidup tu bererti arah tuju sedang kabur, dan ia perlu dijelaskan kembali.

Saya mula berfikir dan bertindak positif sejak membaca buku-buku karya H.M. Tuah dan Chicken Soup. Motivasitidakdapat dijana jika ada banyak cas negatif, jadi saya mula menjauhi kata-kata dan orang-orang pesimis.

Potensi menjadi orang yang penuh motivasi semakin tinggi apabila mengenal erti 'Law of Attraction'. Dan motivasi paling baik diperoleh ialah daripada al-Qur'an.

Allah adalah motivator terbaik. Sentiasa menunggu kita menumpahkan masalah dihadapanNya dan menunggu kita meminta pendapatNya.

So, konklusinya bila kita lack of motivation ialah bermakna kita tak baca Qur'an, banyak bergaul dengan orang pesimis dan kurang membaca bahan-bahan yang membentuk motivasi diri.

Monday, October 17, 2011

malu nak cakap sibuk..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 17, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim..

Musim kesibukan telah lama bermula. Tapi malu nak cakap sibuk. Ada dalam satu hari tu rasa macam nak cerai-beraikan badan ni biar separuh kat sini, separuh kat sana. I am needed here and there, sometimes.

The most saddened thing is, i need to settle paperwork(s) and letters but in the same time my friend need me to help her for homework but i cant think of anything to help her. Hanya mampu duduk sekejap dan berfikir tapi tak dapat jawapan.

It is terrible when you dont know how to say NO and when is the right time for you to say YES. Its terrible, really-really-seriously terrible.

Bila kawan-kawan memerlukan saya untuk berada bersama through thick & thin, tak terkeluar dari mulut yang 'saya sibuk'.

Kalau cakap perkataan 'sibuk' tu rasa macam dosa besar.. sebab masih ada masa update blog dan twitter. Ustaz Ali Irfan pun ada cakap tentang akhlak Dr. Abdullah Sudin yang ada hampir 60 jawatan tapi susah nak dengar perkataan sibuk dari mulutnya.

Entahlah.. malu nak cakap sibuk.. sebab mungkin pengurusan masa dalam hidup ni yang tak efisien, sebenarnya.

But, truthfully, hidup seorang muslim memang sepatutnya sibuk~~~


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea