Saya menikmati keindahan pemandangan sepanjang jalan sampai tertidur.
Agaknya, macam nilah yang sebenarnya analogi hidup. Sesiapa yang terlalu asyik, dia akan terlena dibuai keindahan.
Tapi.. sesiapa yang terlalu asyik memerhatikan kepayahan hidup, dia akan terlupa, bahawa di sepanjang jalan hidupnya, dunia terbentang amat luas dan indah.
Sekarang saya sedang begitu asyik memikirkan tentang seorang sahabat yang selalu membuatkan saya rasa tak dipedulikan. Sedangkan dalam hidup ni, dia selalu rasa tak dipedulikan. Jadi saya peduli tentang dia. Mungkin, Allah ingin saya berusaha lebih banyak, atau, saya perlu belajar membuka mata, bahawa saya perlu peduli tentang lebih ramai orang. Saudara2 Palestin, Somalia, dan sesiapa sahaja yang inginkan pertemuan di destinasi sana.
Memang, dada terasa sempit bila lemah iman. Bila kita tak jaga hubungan dengan Allah, segalanya jadi huru-hara..
Bila saya sampai rumah sahabat di Simple Plan hari ini, saya terjumpa kata-kata ini: "kalau hari ini aku tak rancang hidup aku pada masa depan, SISTEM yang ada pada hari ini akan merancang hidup aku pada masa depan".

