Sunday, August 02, 2026

Suami yang hadirnya disyukuri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 02, 2026 0 komen best

 I dont have the perfect husband everyone dreamt of. In fact, I have a husband full of flaws.. 

But, he is just enough for me. Nyaman seadanya.

Semoga kami terus saling berkhidmat untuk satu sama lain, saling bersandar dan menguatkan, saling menguat dan menceriakan.

Terima kasih suamiku, kerana selalu berjuang, untuk keluarga kecil kita.

Sunday, July 19, 2026

Harapan untuk diri sendiri dan anak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 19, 2026 0 komen best
Sejak kenal dengan calon suami (sekarang suami) dalam tempoh singkat dan kemudian berkahwin dan ada anak.. aku sedar yang silent gratitude tu wujud dan tak perlu dicanang untuk mendapat validation manusia.

Terasa urusan lebih lancar, alhamdulillah, bila tak banyak mata memerhati dan tak banyak soalan perlu dijawab.

Aku harap benda ni akan berterusan dan selalu membawa tabiat yang baik. Lagipun aku nak elakkan tayang gambar anak tanpa consent dirinya sendiri, dan juga dari bapanya. Kami setuju untuk jaga privasi anak bersama².

Cuma macam susah sikit nak buang tabiat guna fon depan anak ni.. kesian dia dah pandai minta perhatian kan. Kadang² bila fikirkan masa dgn anak sangat singkat, meleleh jugak air mata ni.. semoga hidup anak kami sentiasa dilimpahi keberkahan, dikurniakan segala kebaikan, dikuatkan jiwa dan diangkat amalan²nya..


Monday, June 22, 2026

"Friendship has expired date"

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 22, 2026 0 komen best

 Aku kan.. menjelang 35+ ni, tiba² hilang beberapa kawan yang dulu mengaku sahabat dan teman rapat.

Sebenarnya benda ni dah jadi 3-4 tahun kebelakangan ni.. orang yang kita hargai, hormat dan anggap dia sebagai sahabat yang baik tapi tiba² je menjauh, tak lagi membalas mesej dengan mesra dan menjadi strangers. Pernah tanya dan slow talk tapi katanya tak ada apa² hal, atau merajuk ke apa..

Well persahabatan orang perempuan memang mungkin akan selalu dipengaruhi status diri kot.. Single memang senang mingle, dan bila dah kahwin dan ada anak, tiba² dah tak ada kawan selain keluarga, suami dan anak². Its a lonely journey indeed.

Tapi kan akal waras ni memang tak boleh terima alasan surface manusia yang cuba menjauh dan masih nak overthinking.. yang kemudiannya buat kita sedih sendiri.

Benda ni buat aku rasa nobody deserve to know my life update through social media. Disebabkan itu aku hanya inform life update secara organik kepada kawan² rapat dan ahli keluarga yang masih peduli. Dah lama aku x update apa² cerita di medsos.. dan aku sedar yang makin aku bertambah usia ni, makin tak perlu banyak cakap. 

Aku enjoy fasa ni.. fasa membina real bridge dgn manusia dalam masa yang sama menerima pahitnya realiti dijauhi kawan² yg kita sayang tanpa tahu sebabnya.

Rasanya memang setiap fasa hidup ni Allah bagi set of friends yang baru kot. So.. chill je lah kin~


Thursday, May 14, 2026

I dont have the energy to be kind..now.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 14, 2026 2 komen best

 Oh. Dah Mei 2026,

Tak sangka dah lama tak menulis.


Sejujurnya sejak kahwin dan mula tahu bakal menimang cahaya mata, terus rasa nak protect diri dan keluarga dari dunia media sosial.


Dan tidak lagi teruja untuk update apa² di medsos. Mungkin sebab sudah ada teman hidup untuk curahan rasa setiap hari, jadi terasa cukuplah hanya ada satu orang yang teristimewa tahu sisi diri kita yang perlu diambil berat setiap hari.


Bila anak dah lahir, fuh, lagilah malas dan penat nak bercakap dengan manusia lain. Lagi pula orang yang kita tak kenal rapat tapi terlalu caring.


Kita bukannya tak sudi menerima kebaikan orang lain, tapi setakat harini rasa tak mampu nak menerima dan membalas semula kebaikan dan keramahan orang.


Dan.. melalui fasa awal motherhood ini, barulah saya tahu dan boleh membuat kesimpulan bahawa....... jangan beri nasihat bila tak diminta.....kerana dalam keadaan yang tak mengizinkan, ia adalah hal yang sangat menjengkelkan.


Entahlah. Bukan sombong, dan kesombongan/ketidakramahan bukanlah nature saya. Tapi sejak pregnant dan melahirkan, I earn that new trait..


Adakah ia dipanggil mother instinct?

Orang lain elok je be nice and kind..? They also been through hell to become a mother.


Maybe its just a phase of hormonal imbalance. I hope this doesnt lasts, because I dont want people around me to remember the asshole side of me.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea