Well beberapa bulan ni tugasan di tempat kerja terasa benar mencabarnya.
Rasa nak give up.
Rasa nak keluar dari industri, dan cari benda yang lebih mudah untuk dibuat. Maybe jual tisu?
Setiap kali rasa macamni, I always remind myself why I am here. And why I start. And why I should never stop.
I work until this level and still work, because I wanted to be the best in my field. Jadi alim mujahid. Jadi pakar dalam bidang yang tersendiri. Sebab,Allah suka orang yang bersungguh-sungguh.
Menjadi yang terbaik dalam kelaskita, bidang kita, adalah cara terbaik untuk memberi kepada masyarakat. Dan Islam sangat memerlukan pakar dalam semua bidang.
Jadi pakar sampai boleh menaksir dan memberi deduksi dalam keadaan tertentu.
So, dont stop now, Ashikin. Of course this is hard. Being in the process of being something is hard. Kau adalah besi yang sedang dicanai menjadi pedang. Pedang yang melindung atau melukakan, you choose!
Dan harini baca berita 600 lepasan SPM dapat tajaan Petronas (Link)
Alhamdulillah.
Teringat kawan2 ex MRSM yang pandai2 dan bijak, ramai yang dapat tajaan syarikat korporat & GLC untuk pengajian luar negara- daripada 5 orang doktor, 3 orang give up separuh jalan selepas menjadi MD dan sekarang memilih menjadi penjual insurans, produk MLM dan broker rumah.
Well tak salah pun nak give up. Jalan hidup ni pilihan masing-masing, dan pada setiap pintu yang tertutup akan terbuka pintu-pintu lain.
Namun begitu keputusan seorang profesional untuk give up memberi impak yang tak sedikit kepada masyarakat.
Sekarang doktor yang tinggal dalam masyarakat semakin sedikit dan generasi baru pula tak ramai yang berminat meneruskan pengajian.
Masyarakat semakin tenat dengan kekurangan profesional dalam bidangnya.
So, Ashikin, whenever you think of giving up, remember that you ae in survival mode for this ummah.
Bertahanlah sedikit untuk generasi ini, untuk umat ini. Anggaplah ia satu fardhu kifayah yang akan diganjari pahala.
Bekerja dan meraih gaji dan pahala adalah ruang untuk memberi semula kepada keluarga dan masyarakat. You are not doing this life just for yourself. Jangan pentingkan diri, hidup ni bukan sekadar limitasi dunia. Kita orang Islam, misi kita syurga di akhirat sana. Ada sebab kenapa Allah bagi kau sihat, cerdas, pandai dan berada di mana kau berada sekarang. "With great power, comes great responsibility," kata orang jawe.
So, bekerjalah, dan yakinlah bahawa dalam setiap kesusahan pasti ada kemudahan.